Skip to main content

Iklan

Iklan

3 pelakon Indonesia 'The Raid' tampil dalam filem terbaru Star Wars

Tiga pelakon Indonesia, yang merupakan antara pelakon utama dalam filem 'The Raid' dan 'The Raid 2', akan membuat penampilan dalam filem 'Star Wars: The Force Awakens' arahan J.J. Abrams.

Anggaran Waktu Membaca:
3 pelakon Indonesia 'The Raid' tampil dalam filem terbaru Star Wars

Yayan Ruhian dan Iko Uwais akan tampil di filem terbaru Star Wars. (Gambar: Instagram Joetaslim/Kapanlagi)

Diterbitkan : 13 Dec 2015 08:29PM Dikemas Kini : 13 Dec 2015 09:35PM

 NEW YORK: Tiga pelakon Indonesia, yang merupakan antara pelakon utama dalam filem 'The Raid' dan 'The Raid 2', akan membuat penampilan dalam filem 'Star Wars: The Force Awakens' arahan J.J. Abrams.

Mereka adalah Iko Uwais dan Yayan Ruhian, yang memegang watak 'Mad Dog' dan 'Prakoso' dalam filem-filem 'The Raid', serta Cecep Arif Rahman yang memegang watak 'The Assassin', menurut laporan www.slashfilm.com.

Mereka bertiga akan memegang watak anggota-anggota geng Kanjiklub - Yayan Ruhian sebagai Tasu Leech dan Iko Uwais sebagai Razoo Quin-Fee, berdasarkan gambar-gambar mereka yang lengkap berkostum yang diterbitkan dalam sebuah buku.

Encik Abrams, ketika ditanya mengapa beliau memilih ketiga-tiga bintang 'The Raid' itu untuk tampil dalam filem terbaru Star Wars, ditukil Slash Film sebagai berkata: "Saya hanya seorang peminat. Ia satu peluang."

Katanya lagi: "Saya tahu kami perlukan pelakon untuk babak ini, dan saya rasa, tentu seronok untuk melihat sekumpulan orang bekerjasama menjayakannya. Sama seperti ketika saya lihat John Boyega di 'Attack The Block' dan saya fikir, 'tentu 'cool' jika saya dapat bekerja dengan beliau satu hari nanti.'

"Peluang untuk melakukan demikian timbul, dan, ketika itu saya fikir 'Mungkin pelakon-pelakon dari The Raid dapat tampil dalam filem ini?' dan saya begitu teruja mereka bersetuju melakukannya, dan mereka menunjukkan lakonan yang begitu baik. Mereka menjalankan tugas dengan begitu baik," ujar Encik Abrams lagi.

Namun, menurut Slash Film, Encik Abrams berkata ketiga-tiga pelakon tersebut tidak akan memegang watak penting dalam filem itu.

Uwais dan Ruhian bukan sahaja membintangi filem-filem The Raid, tetapi juga mengarahkan aksi-aksi pertarungan dalam filem itu.

Sementara itu, pelakon Joe Taslim, yang turut membintangi The Raid 2, pula memuat naik gambar dari buku itu yang menunjukkan ketiga-tiga pelakon tersebut, ke laman Instagramnya.

Joe menulis: "Tidak sabar melihat 'Raid Brothers' saya di Star Wars: The Force Awakens. Go Raiders."

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan