Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

3 bulan berkahwin, Hafiz Hamidun dan Joy hadapi masalah rumah tangga

Penyanyi Malaysia Hafiz Hamidun, berusia 33 tahun dan isterinya Joy Revfa, 30 tahun, yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu kini mempunyai masalah rumah tangga.

Anggaran Waktu Membaca:
3 bulan berkahwin, Hafiz Hamidun dan Joy hadapi masalah rumah tangga

Hafiz Hamidun bersama isterinya Joy pada hari persandingan mereka. (Gambar: Youtube / Liya Dior)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 09:52PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 09:55PM

MALAYSIA: Penyanyi Malaysia Hafiz Hamidun, berusia 33 tahun dan isterinya Joy Revfa, 30 tahun, yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 Mei lalu kini mempunyai masalah rumah tangga.

Para peminat mengesyaki rumah tangga mereka dibelenggu masalah apabila kedua-dua pasangan itu berhenti memuat naik gambar mereka bersama di laman-laman media sosial.

Bercakap kepada laman mStar Online, Joy yang nama sebenarnya ialah Siti Arifah Amin, menggesa agar tidak memfitnah ataupun menyalahkan mana-mana pihak buat masa ini.

Beliau juga belum sedia untuk memberikan kenyataan dan pasrah dengan semuanya yang sedang berlaku pada rumah tangga mereka.

"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan nanti dan buat masa ini saya belum boleh beri komen apa-apa mengenai isu tersebut.

"Insya-Allah semuanya baik-baik. Mohon tak perlu salahkan atau memfitnah mana-mana pihak.

"Saya hanya berserah kepada Allah apa saja yang berlaku," kata Joy kepada laman mStar Online.

Walaupun demikian, Joy, seorang pengusaha kosmetik enggan memberikan sebarang komen mengenai rumah tangganya.

Beliau juga mampu untuk bekerja seperti biasa dan tidak tertekan dengan keadaan sekarang.

"Alhamdulillah, Allah selalu lindungi dan memberikan ketenangan untuk meneruskan kerjaya saya.

"Biarlah semua berjalan dengan apa adanya. Doakan supaya semuanya baik-baik saja," ujarlagi kepada mStar.

Menerusi laporan media Malaysia itu pada Khamis, suaminya juga menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan jangan menuduh mana-mana pihak sehingga kenyataan dikeluarkan.

Sebelum berkahwin dengan Hafiz Hamidun, Joy pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Arryan Firdaus. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan