Images
  • veteran event
    Acara di Atrium One KM Mall itu menampilkan seramai 17 artis tempatan. (Gambar: Ummu Rabbisyfina)

17 artis S'pura hidupkan lagu malar segar di One KM Mall

SINGAPURA: Bagi peminat artis era 60an dan 70an, hari ini (16 Jul) merupakan hari yang amat dinanti-nantikan.

Ini kerana artis-artis veteran yang popular dalam era tersebut membuat kemunculan untuk mendendangkan lagu-lagu malar segar mereka.

Acara di Atrium One KM Mall ini merupakan yang pertama kalinya mengundang seramai 17 artis tempatan membuat persembahan di pusat beli-belah ini.

Selain menghiburkan para peminat setia, acara ini juga menemukan semula artis-artis mapan yang sudah lama tidak bertemu muka.

Penyanyi Zaleha Hamid berkongsi pendapat: "Walaupun saya dari tahun 60an, tapi kawan-kawan yang 70an itu sampai sekarang saya dapat jumpa saya gembira sangat.

"Saya rasa ini sangat penting bila adakan acara macam begini. Dia kumpulkan artis-artis lama sebab bila ada show macam ini baru kita dapat jumpa. Kalau tidak kita masing-masing apa lagi saya jauh. Bila diundang ke sini, saya datang buat show dapat jumpa kawan-kawan lama saya seronok sangat.

"Saya dapat bayangkan macam mana tapi itulah dia kalau artis 60an, 70an dia berkawan, dulu dengan sekarang sama sahaja. Seperti (Kamalia Latiff) dah macam kakak saya sendiri. Jadi mesra kami macam adik-beradik yang bertahun-tahun tak jumpa. Alhamdulillah saya dapat jumpa."

Bagi artis-artis muda pula, acara tersebut memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman daripada sekumpulan insan seni ini.

Penyanyi Rudy Djoharnaen turut berkata: "Saya rasa bahagia dan juga berbangga kira satu penghormatan bagi saya dapat berkongsi pentas untuk mengisi acara pada hari ini kerana jarang kita dapat kumpulkan artis-artis veteran yang berpengalaman jadi waktu rehearsal itu kita lihat bagaimana komitmennya mereka, disiplin mereka dalam membuat persembahan.

"Jadi kita belajar sedikit sebanyak. Mereka mengongsi sedikit sebanyak pengalaman mereka jadi saya rasa artis-artis muda seperti saya dan lain patut berkolaborasi dengan mereka bukan sahaja untuk persembahan hari raya tetapi untukm persembahan-peresmbahan yang lain."

"Jadi saya rasa ini satu (ukhwah) di antara artis-artis yang sudah mampan dan artis-artis yang muda dan juga yang baru meningkat. Jadi saya rasa saya terhibur dengan mereka. Saya senang hati.

"Saya rasa artis-artis muda seperti saya dan lain patut berkolaborasi dengan mereka bukan sahaja untuk persembahan hari raya tetapi untuk persembahan-persembahan yang lain," ujarnya lagi.


(Gambar: Ummu Rabbisyfina)

Penyanyi Junainah M Amin juga memberikan pendapat: "Tak semestinya kita dah veteran kita tak boleh. Kita tunjukkan kita punya bakat kita. Biarpun sampai usia dah begini kita masih lagi, jadi saya berharap pihak-pihak tertentu dapat mengambil kita."

Seperti para peminat yang mengharapkan persembahan lebih kerap, begitu juga artis-artis veteran ini yang mahu terus mengiburkan peminat mereka. 

- BERITAMediacorp/im

Komen Anda?

Top