Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'1234U' lagu terbaru yang "comel" oleh Fattah Amin

Selepas single pertama Wanita Terakhir mendapat sambutan, pelakon Fattah Amin membuat kejutan dengan melancarkan lagu terbarunya yang berjudul 1234U

Anggaran Waktu Membaca:
'1234U' lagu terbaru yang "comel" oleh Fattah Amin

(Gambar: FASTYLEASIA / YOUTUBE)

Diterbitkan : 07 Oct 2017 10:44PM Dikemas Kini : 07 Oct 2017 10:50PM

KUALA LUMPUR: Selepas single pertama Wanita Terakhir mendapat sambutan, pelakon Fattah Amin membuat kejutan dengan melancarkan lagu terbarunya yang berjudul 1234U, menurut laporan mStar Online.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 27 tahun, sebelum ini pernah mengumumkan hasratnya untuk berkongsi lagu tersebut melalui laman Instagram miliknya sebelum muzik video berkenaan dilancarkan secara rasmi pada jam 3.00 petang di YouTube semalam (6 Okt).

Menurut pelakon Hero Seorang Cindarella itu, lagu 1234U merupakan salah satu lagu runut bunyi bagi telefilem barunya bersama Nur Fazura yang berjudul Wanita Terindah.

"Hari ini saya akan lancarkan muzik video single terbaru saya, 1234U, yang merupakan salah satu lagu dalam telefilem Wanita Terindah. Music video ini akan disiarkan pada jam 3.00 petang di saluran YouTube Fastyleasia," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Fattah, lagu tersebut dicipta oleh Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mel Ramlan yang turut bertanggungjawab membuat single pertamanya, Wanita Terakhir.

Muzik video lagu itu turut menampilkan Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika yang merupakan pelakon bagi telefilem tersebut.

Muzik video berkenaan juga mendapat lebih 4,000 tontonan selepas beberapa jam dimuat naik, manakala rata-rata peminatnya memberi komen positif memuji lagunya.

"Sangat menarik, lagu yang comel dan lain dari yang lain," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram.

Seorang lagi pengguna instagram bernama @suryatimolok berkata, lagu itu mempunyai lirik dan melodi yang bagus dan senang untuk dihafal.

Dalam pada itu, mStar Online melaporkan bahawa Fattah memaklumkan telefilem Wanita Terindah akan mula ditayangkan di Astro First bermula 2 November depan.


 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan