Skip to main content

Iklan

Iklan

Komentar

KOMENTAR: Dunia takkan bahagia jika wanita tidak bahagia dan bebas

Singapura baru sahaja sekitar dua minggu lalu menyambut seorang wanita, Presiden Halimah Yacob, menjadi Ketua Negara. Wanita semakin menerobos pelbagai ruang di negara ini dan banyak negara lain. Namun sudahkah kaum wanita di peringkat global benar-benar seadilnya?

Anggaran Waktu Membaca:
KOMENTAR: Dunia takkan bahagia jika wanita tidak bahagia dan bebas

Petikan gambar Harun Yahya dari video. (Gambar: Ebru B./YouTube)

BERITAMediacorp: Singapura baru sahaja sekitar dua minggu lalu menyambut seorang wanita, Presiden Halimah Yacob, menjadi Ketua Negara. Wanita semakin menerobos pelbagai ruang di negara ini dan banyak negara lain. Namun sudahkah kaum wanita di peringkat global benar-benar seadilnya?

Dalam artikel KOMENTAR tulisan tokoh Islam terkemuka dari Turki, Dr Harun Yahya, beliau berhujah bahawa selagi wanita tidak bahagia dan bebas, dunia juga akan terus menerus menjadi tidak lengkap. Mengapa beliau berpendirian demikian? Ayuh ikuti tulisan beliau ini yang dinukil dari Bernama:

TERDAPAT 7.5 bilion penduduk bumi ini dan wanita merangkumi lebih separuh daripada jumlah itu. Mereka bukan sekadar statistik. Mereka adalah orang yang kita sayangi; ibu, saudara perempuan dan isteri. Bilangan lelaki yang tidak menyayangi wanita adalah sangat sedikit sehingga mereka boleh dikira dengan jari-jari tangan.

Namun wanita, yang merupakan salah satu aspek paling indah dalam kehidupan kita, hidup di bawah penindasan yang berterusan. Ada kalanya mereka menderita kerana penghinaan tanpa sebab dan tidak dihormati sedangkan mereka sepatutnya dilayan dengan penuh kasih sayang dan ihsan. Dalam sesetengah kelompok, peraturan-peraturan masyarakat dan tekanan rakan sebaya selalu menguasai dan menentukan cara hidup wanita.

Kebanyakan suami, bapa, adik-beradik, saudara-mara, rakan sekerja dan guru kepada wanita berkenaan menganggap tindakan itu sebagai kewajipan untuk mengawal kebebasan mereka. Berbilion wanita dianggap berpotensi menjadi pendosa pada bila-bila masa dan diperlakukan sebagai makhluk yang perlu diletakkan di bawah kawalan yang berterusan.

Ini adalah penyakit yang telah merebak dan melanda seluruh dunia. Sama ada pihak yang menguatkuasakan sistem penindasan itu tinggal di Timur atau Barat, seorang beragama atau tidak beragama, saintis atau orang buta huruf, lazimnya tidak mengubah hakikat itu.

Masyarakat timur adalah yang pertama menerjah fikiran apabila menyebut perihal penindasan wanita; dan kalangan anti-agama, terutamanya, cuba menunjukan peraturan kemasyarakatan yang menggalakkan penindasan wanita sebagai sebahagian daripada Islam.

Cik Bibi Ramjani (di tengah) merupakan presiden wanita pertama bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan. (Gambar: Bernama)

Cik Bibi Ramjani (di tengah) merupakan presiden wanita pertama bagi Persatuan Bola Sepak Kelantan. (Gambar: Bernama)

MENINDAS WANITA BUKAN DIBAWA OLEH ISLAM, TAPI IDEOLOGI LAIN

Bagaimanapun, malapetaka ini sebenarnya bukanlah dibawa oleh Islam, tetapi oleh konsep keagamaan khayalan. Sifat ‘misogynistic’ (sifat yang amat membenci wanita) yang kononnya merupakan struktur keagamaan ini adalah pemikiran bigot (taksub) yang sama sekali bertentangan dengan nilai-nilai asas dalam Islam. Hakikat sebaliknya, wanita dipuji dan dipandang tinggi dalam Al-Quran. Allah memerintahkan agar sentiasa melayan wanita dengan kasih sayang dan rasa hormat.

Masalah ini juga boleh dilihat dalam masyarakat Barat di bawah ideologi yang berbeza. Darwinisme, salah satu ideologi asas yang mendasari kebudayaan Barat menganggap bahawa wanita, berbanding dengan lelaki, adalah bentuk kehidupan yang belum melengkapkan proses evolusinya.

Malah, Charles Darwin, pengasas teori evolusi, adalah misogynist (pembenci wanita) klasik. Dalam bukunya yang bertajuk ‘The Descent of Man’, Darwin menulis, “Secara amnya mengakui bahawa pada wanita kekuatan gerak hati, persepsi yang pantas, dan mungkin meniru-niru, adalah lebih ketara daripada lelaki; tetapi sesetengahnya, atau sekurang-kurangnya, adalah ciri-ciri kaum yang lebih rendah, oleh itu ia adalah daripada tamadun lampau dan rendah.”*

Fasisme dan komunisme, yang berinspirasikan Darwinisme, juga muncul sebagai ideologi misoginistik. Ketika Nazi Jerman, peraturan yang ditetapkan adalah tidak lebih daripada 10 peratus perempuan dibenarkan lulus sekolah menengah.

Pada 1929, terdapat 39 institusi pendidikan National Socialist tetapi hanya dua daripadanya untuk perempuan. Menurut Nazi, kewajipan wanita adalah untuk dihamilkan dalam ladang pembiakan oleh lelaki muda Jerman yang tidak pernah mereka kenal seumur hidup dan melahirkan bangsa Aryan baharu.

WANITA DI MATA KOMUNISME DAN KAPITALISME

Tidak lama selepas revolusi Bolshevik, satu undang-undang menetapkan bahawa semua wanita berusia antara 17 dan 32 tahun adalah hak negara. Walaupun sepatutnya bebas daripada belenggu suami kerana undang-undang itu, wanita-wanita ini di sebaliknya dipaksa bekerja di lombong-lombong dan kilang-kilang dalam keadaan paling teruk. Di mata Komunisme, wanita hanyalah kumpulan tenaga kerja baharu.

Adalah jauh lebih baik jika dikatakan bahawa masyarakat Barat moden adalah satu langkah lebih ke hadapan berbanding pelopor mereka yang seabad usianya.

Gambar hiasan. (Gambar: OLI SCARFF / AFP)

Gambar hiasan. (Gambar: OLI SCARFF / AFP)

Kapitalisme meletakkan wanita pada tahap lebih rendah sebagai satu komoditi yang boleh di jual beli. Negara-negara terbabit lebih kerap, daripada tidak, menggalakkan, bahkan membenarkan, perdagangan dahsyat ini.

Namun, dalam masyarakat Barat, wanita masih berjuang menuntut hak kewarganegaraan yang sama. Di kebanyakan negara, wanita baru diberi hak untuk mengundi iaitu bermula 70-80 tahun lalu. Hanya satu daripada lima anggota Kongres Amerika adalah wanita.

Tempat kerja terus kekal dengan amalan seksis terhadap wanita. Dalam satu kecaman seksis, seorang ahli Parlimen Eropah dari Poland tidak lama dahulu mempertikaikan bahawa pendapatan wanita sepatutnya kurang daripada lelaki kerana mereka lemah dan kurang bijak.

Hari ini, media sosial, Internet, permainan video, akhbar, majalah, siri TV, filem dan buku, sebahagian besarnya menjadi platform untuk mendiskriminasi wanita.

5 JUTA WANITA JADI MANGSA PENDERAAN SETIAP TAHUN

Bukan sahaja di kalangan masyarakat Timur, malah di dunia Barat, ramai wanita terkorban di tangan suami mereka setiap tahun. Daripada 40 peratus kes femicide (pembunuhan kaum wanita dengan sengaja oleh lelaki atas dasar gender) di seluruh dunia, pembunuhan itu dilakukan sama ada oleh suami, tunang atau teman lelaki.

Di Kesatuan Eropah, satu daripada setiap lima wanita menjadi mangsa keganasan suaminya. Di Kanada, satu daripada setiap dua wanita menjadi mangsa kekerasan fizikal atau penderaan seksual sekurang-kurangnya sekali selepas usia 16 tahun. Setiap tahun, kira-kira lima juta wanita di seluruh dunia menjadi mangsa penderaan dan kekejaman rumah tangga oleh suami mereka.

Satu perlima daripada wanita-wanita yang tertindas ini harus menerima rawatan akibat penderaan yang mereka alami. Di Amerika Syarikat, pada 2006 sahaja, jumlah wanita yang menjadi mangsa rogol atau penderaan seksual adalah 240,000. Seperti yang dapat dilihat dengan jelas, apabila berkaitan dengan ‘misogyny’, seluruh dunia, Barat dan Timur, memperlihatkan ciri-ciri serupa yang sangat kejam.

Gambar hiasan. (Gambar: Merdeka.com)

Gambar hiasan. (Gambar: Merdeka.com)

Tahap penindasan sedemikian meruncing menyebabkan kehidupan wanita berkenaan menjadi suram, melemahkan semangat dan menghalang mereka menikmati kebahagiaan hidup. Wanita yang tertekan, menjadi enggan untuk kelihatan cantik dan menarik. Dunia semakin kekurangan kecantikan feminin.

SELAGI WANITA TIDAK BAHAGIA, DUA TERUS TIDAK LENGKAP

Dunia juga secara umum telah kehilangan kebijaksanaan, produktiviti, ketekunan dan kebolehan wanita yang berfikiran tajam. Segala kelebihan ini telah dirampas daripada kehidupan akibat penindasan ‘misogynistic’.

Selagi wanita, yang menghiasi semesta ini tidak bahagia dan bebas, dunia akan selamanya tidak lengkap. Kualiti, seni dan estetika tidak akan maju. Salah satu kuasa paling penting yang boleh menamatkan keganasan dan mewujudkan budaya kedamaian di Bumi adalah kasih sayang terhadap wanita.

Apabila wanita menjadi lebih cantik, mereka akan mencantikkan dunia seiring dengan diri mereka. Apabila lebih banyak yang menunjukkan rasa hormat terhadap wanita, dunia akan menjadi lebih selesa didiami.

(*. John R. Durant, The Ascent of Nature in Darwin's Descent of Man" in The Darwinian Heritage, Ed. by David Kohn, Princeton, NJ: Princeton University Press, 1985, p. 295.)

MENGENAI PENULIS:

Adnan Oktar, yang lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya, adalah pemimpin spiritual Turki yang berpengaruh, penulis, dan pembentuk pendapat. Beliau sudah menulis 300 buah buku dan diterjemahkan ke dalam 73 bahasa, dibaca oleh berjuta-juta orang sehingga mempunyai pengaruh besar terhadap orang Islam dan bukan Islam di seluruh dunia. Laman web Harun Yahya mempunyai 20 juta pengunjung bulanan dari 167 negara. 

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan