Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Untung SGX naik 10% dalam suku ke-4

Melihat pada masa hadapan, SGX menyatakan bahawa ia akan menumpukan perhatian kepada pembinaan bursa saham pelbagai aset dan melabur secara strategik untuk daya saing jangka panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Untung SGX naik 10% dalam suku ke-4

Seorang pekerja berjalan di hadapan logo Bursa Saham Singapura (SGX) yang terletak di luar bangunan SGX. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 27 Jul 2017 11:25PM Dikemas Kini : 27 Jul 2017 11:30PM

SINGAPURA: Bursa Saham Singapura (SGX) mencatat kenaikan 10.9 peratus dalam keuntungan bersih bagi suku keempat tahun kewangan 2017, naik kepada S$85.2 juta. Demikian menurut SGX hari ini (27 Jul).

Hasil SGX bagi suku itu adalah S$207.7 juta, naik 4.9 peratus berbanding tahun sebelum ini.

Namun perkara sebaliknya pula bagi tahun keseluruhan dengan keuntungan bersih SGX adalah S$339.7 juta, turun tiga peratus berbanding setahun lalu. Ini disebabkan hasil dan keuntungan operasi yang kurang.

Hasil tahun kewangan ini adalah S$801 juta, turun dua peratus berbanding setahun lalu sementara keuntungan operasi adalah S$402 juta, turun dua peratus juga.

Ekuiti-ekuiti dan pendapatan tetap menyumbangkan kepada hasil S$404.5 juta yang membentuk 51 peratus hasil keseluruhan.

SGX menambah bahawa hasil daripada penyenaraian adalah S$49.4 juta, naik enam peratus daripada S$46.7 setahun lalu.

Hasil derivatif sebaliknya turun tujuh peratus kepada S$303.1 juta, menyumbang kepada 38 peratus hasil keseluruhan.

Melihat pada masa hadapan, SGX menyatakan bahawa ia akan menumpukan perhatian kepada pembinaan bursa saham pelbagai aset dan melabur secara strategik untuk daya saing jangka panjang.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan