Images
  • sia
    Gambar fail pesawat Airbus A380 Singapore Airlines. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Untung bersih SIA jatuh 8.6% pada suku pertama

SINGAPURA: Syarikat penerbangan negara Singapore Airlines (SIA) melaporkan kemerosotan 8.6 peratus bagi keuntungan bersih suku pertama tahun kewangan 2017-18 berbanding setahun lalu, menurut SIA dalam satu kenyataan media hari ini (27 Jul).

Pendapatan bagi tempoh tiga bulan itu adalah S$235 juta, turun S$22 juta berbanding tahun lalu. Ia disebabkan keuntungan sekali saja yang diraih SIA Engineering pada tahun lalu.

Keuntungan operasi kumpulan pula naik S$88 juta - atau 45.6 peratus - berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tambah SIA.

Kumpulan SIA terdiri daripada Singapore Airlines, SilkAir, Budget Aviation Holdings, SIA Cargo dan SIA Engineering.

Keuntungan operasi SilkAir adalah S$7 juta bagi suku tersebut, jatuh S$20 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut SIA. Ia disebabkan kemerosotan bagi operasi meluas yang membuat kos operasi semaking tinggi.

Budget Aviation Holdings- ibu syarikat Scoot dan Tiger Airways- mencatat keuntungan operasi S$3 juta - turun S$6 juta dari tempoh yang sama tahun lalu.

Ia menyatakan perbelanjaan yang menambah atas pertumbuhan kapasiti dan juga sumbangan hasil yang kurang menyebabkan kemerosotan itu.

Dengan selesainya penyepaduan Scoot-Tigerair, SIA menyatakan akan terdapat lebih banyak peluang peluasan bagi segmen penerbangan tambang murah portfolionya. 

- CNA/RU/ru

Komen Anda?

Top