Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Uber semak semula perniagaan Asia ekoran tuduhan rasuah di AS

Uber Technologies Inc, yang menjadi subjek siasatan persekutuan mengenai sama ada ia melanggar undang-undang rasuah, sudah memulakan semakan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Uber semak semula perniagaan Asia ekoran tuduhan rasuah di AS

Gambar fail sebuah pejabat bergerak Uber di China. (Gambar: REUTERS/Tyrone Siu/Files)

Diterbitkan : 20 Sep 2017 07:14PM Dikemas Kini : 20 Sep 2017 07:16PM

NEW YORK: Uber Technologies Inc, yang menjadi subjek siasatan persekutuan mengenai sama ada ia melanggar undang-undang rasuah, sudah memulakan semakan semula operasi-operasi di Asia dan memaklumkan para pegawai Amerika Syarikat tentang pembayaran yang dibuat oleh kakitangan di Indonesia.

Demikian menurut Bloomberg, yang diberitahu oleh orang-orang yang arif dalam perkara itu.

Satu sumber yang maklum dengan perkara itu memberitahu Reuters bahawa laporan Bloomberg adalah tepat.

Uber menyatakan bahawa pada Ogos ia bekerjasama dengan siasatan awal yang diketuai oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sama ada pengurus-pengurus syarikat melanggar undang-undang Amerika Syarikat terhadap rasuah pegawai asing, khususnya Akta Amalan Rasuah Asing.

Uber mengupah firma undang-undang O'Melveny & Myers LLP untuk menyiasat bagaimana ia memperolehi rekod perubatan wanita India yang dirogol oleh pemandu Uber pada 2014.

Ini dilaporkan oleh Reuters pada bulan Jun.

O'Melveny & Myers kini mengkaji rekod pembayaran asing dan mewawancara para pekerja. Ini menimbulkan persoalan tentang mengapa beberapa urusan perniagaan yang bermasalah tidak didedahkan lebih awal, menurut Bloomberg pada hari Selasa (19 Sep).

Peguam Negara memberi tumpuan kepada kegiatan mencurigakan di sekurang-kurangnya lima negara Asia: China, India, Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan, menurut Bloomberg sambil menambah bahawa firma undang-undang Uber sedang mengkaji semula kewangan yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi para penggubal undang-undang di sana.

"BEBERAPA PERKARA BERKAITAN DENGAN KERAJAAN MALAYSIA"

Di Malaysia, Bloomberg melaporkan bahawa para peguam yang bekerjasama dengan Uber sedang "mengkaji semula rangkaian pengaturan kewangan yang dikaitkan dengan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi undang-undang penggubal di sana".

Firma undang-undang Uber, lapor Bloomberg, "juga sedang menyiasat sumbangan korporat, yang diumumkan pada bulan Ogos 2016, yang bernilai puluhan ribu dolar ke Pusat Inisiatif dan Kreativiti Global Malaysia, sebuah hab usahawan yang disokong kerajaan".

Sumber : Reuters/NA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan