Images
  • scoot
    Syarikat penerbangan tambang murah Scoot dan Tigerair.

Tigerair beroperasi di bawah jenama Scoot mulai Julai

SINGAPURA: Jenama Tigerair akan berhenti beroperasi pada 25 Julai apabila operasinya dengan rasmi akan diletakkan di bawah syarikat penerbangan Scoot, menurut kedua-dua syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan media hari ini (15 Jun).

Ini menandakan berakhirnya proses pengintegrasian kedua-dua syarikat penerbangan itu, proses yang bermula pada Mei tahun lalu, apabila kedua-dua syarikat penerbangan itu dibeli oleh Budget Aviation.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu akan beroperasi menggunakan lesen bersama atau Sijil Pengendali Udara dan kod penerbangan bagi semua pesawat Scoot akan diubah dari TZ kepada TR - iaitu kod yang digunakan sekarang ini oleh Tigerair.

Semua jadual penerbangan bagaimanapun kekal tidak berubah.

Laman Scoot juga akan menjadi satu-satunya wadah untuk menempah semua tiket penerbangan dan kaunter pendaftaran bagi Scoot-Tigerair juga akan menggunakan jenama yang sama.

Uniform baru juga akan diperkenalkan bagi anak kapal dan kru pesawat Scoot, menurut syarikat penerbangan tersebut.

Destinasi seperti Bangkok, Guangzhou, Hong Kong dan Taipei tetap akan menggunakan pesawat kedua-dua syarikat.

Walaupun begitu, jenis pesawat akan dimaklumkan semasa proses memilih dan menempah tiket penerbangan.

Syarikat penerbangan itu akan menghubungi semua penumpang Scoot dan Tigerair melalui emel antara 15 Jun hingga 23 Julai bagi penumpang yang akan melakukan penerbangan dari 25 Julai.  

- CNA/fa

Komen Anda?

Top