Images
  • temasek intl fintech
    Para pekerja Fintech.

Temasek International teroka bayaran B2B, AI sebagai peluang

SINGAPURA: Temasek International sedang meneroka pembayaran B2B rentas sempadan, pengesanan penipuan dan kecerdasan buatan (AI) sebagai peluang pelaburan masa depan.

Cabang pelaburan pemerintah Singapura menyatakan bidang-bidang ini akan menjadi tumpuan dalam lima tahun akan datang.

Bercakap pada akhir acara Pesta Singapura Fintech yang berlangsung selama lima hari, Presiden Temasek International, Encik Chia Song Hwee juga berkongsi Temasek sedang mengubah strateginya sedang ia cuba mengintegrasikan lebih banyak kemampanan pada pendekatan pelaburannya.

Tambahnya, Asia Tenggara mempunyai banyak peluang untuk syarikat pemula fintech.  

- CNA/NU/fa

Komen Anda?

Top