Images
  • hp
    Gambar fail Google Wifi. 

StarHub rakan niaga eksklusif Google Wifi

Gergasi internet Google hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan alat rangkaian jejaring Google Wifi di Singapura.

Ini sebagai sebahagian daripada kerjasama eksklusif dengan syarikat telko StarHub.

Sistem rangkaian jejaring itu mempunyai beberapa hab Wi-Fi yang bertindak sebagai "router" untuk memastikan liputan internet lancar di pelbagai bilik.

Rangkaian tersebut dikatakan lebih berkesan.

Mulai esok, para pelanggan di Singapura boleh membeli pakej 3-pek Google Wifi dengan harga 15 dolar setiap bulan bagi 24 bulan.

Ini boleh dilakukan apabila membeli atau memperbaharui pelan jalur lebar atau pelan gabungan StarHub terpilih.

Ketua pegawai pemasaran StarHub Howie Lau berkata dalam satu taklimat sebelum pelancaran itu bahawa setiap router Google Wifi tambahan selain 3 yang ditawarkan, boleh dibeli dengan harga 199 dolar setiap satu.

Dengan pelancaran Google Wifi di Singapura, ini bermakna alat itu diperkenalkan di 8 pasaran, dengan Singapura menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkannya.

 

- CNA/NA/na

Komen Anda?

Top