Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

StarHub mahu jual lebih banyak data setelah ruang mudah alih mengecil

StarHub kini mencari ruang pertumbuhan melangkaui pasaran pengguna. 

Anggaran Waktu Membaca:
StarHub mahu jual lebih banyak data setelah ruang mudah alih mengecil

Sebuah pejabat syarikat telko tempatan StarHub.

Diterbitkan : 10 Jul 2017 04:47PM Dikemas Kini : 10 Jul 2017 04:48PM

SINGAPURA: StarHub kini mencari ruang pertumbuhan melangkaui pasaran pengguna. Strateginya: Menyediakan lebih banyak analisis data kepada para klien korporatnya.

Strategi itu diambil sedang Starhub menghadapi perubahan terbesarnya dalam industri telefon di negara ini, sejak syarikat itu bermula hampir 20 tahun lalu.

Bermula sebagai syarikat telko ketiga, firma telekomunikasi itu yang kini nombor dua di negara ini sedang berusaha menangani kemasukan pengendali rangkaian mudah alih keempat, TPG Telecom.

Menurut StarHub, senario paling buruk adalah bagi pemenang lesen baru dari Australia itu untuk menawarkan data tanpa had, yang merangkumkan promosi tersebut dengan khidmat jalur lebar. TPG tidak segera memberikan respons kepada emel Mediacorp bagi mendapatkan komennya. StarHub menyediakan khidmat telefon mudah alih, jalur lebar dan TV berbayar.

"Jurang dalam segmen tersebut sudahpun menghadapi persaingan yang agak sengit, dan keadaan itu akan kekal sebagai ruang yang sengit disaingi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Tong Hai.

"Memandangkan para pengguna menggunakan telefon mudah alih, jalur lebar dan TV mereka, analisisnya menjana pelbagai data menarik, dan kami sedar bahawa maklumat sedemikian adalah sangat berguna bagi klien korporat kami."

Para pelanggan korporat membentuk 42 peratus daripada hasil StarHub tahun lalu, lebih seganda berbanding lapan tahun lalu, menurut syarikat itu. Hasil segmen tersebut tumbuh pada kadar campuran tahunan sebanyak sekitar 5 hingga 6 peratus sejak enam tahun lalu, berbanding pertumbuhan yang agak negatif dalam perniagaan pengguna.

Encik Tan menjangkakan pertumbuhan dalam segmen korporat akan terus meningkat, tetapi enggan memberikan ramalan bagi sumbangan hasilnya.

PERSAINGAN SINGTEL

Syarikat itu menyatakan pihaknya bersaing dari segi analisis data dengan Singapore Telecommunications, di mana StarHub mendedahkan masih menjadi pemain utama dalam pasaran tersebut.

"Ini boleh dijadikan ruang pertumbuhan bagi StarHub, tetapi kami tidak terfikir ia akan tumbuh pada kadar yang cukup pantas untuk mengimbangi impak kemasukan TPG," kata Encik Eugene Chua, seorang penganalisis di Kajian Pelaburan OCBC yang mempunyai rating penjualan dalam syarikat itu.

Harga saham StarHub menjunam lebih 30 peratus sejak dua tahun lalu selepas Singapura mengumumkan rancangan untuk memudahkan kemasukan pemain mudah alih yang keempat. Stoknya adalah satu-satunya penghambat di kalangan tiga syarikat itu tahun ini, dan 14 daripada 22 penganalisis yang melindungi firma itu mempunyai saranan penjualan, dedah data Bloomberg.

Pesaing yang kecil, M1, juga semakin optimis bahawa pemegang amanah utamanya sedang mempertimbangkan untuk menjual pegangannya.

Satu lagi bidang berpotensi bagi pertumbuhan adalah dengan membeli aset. StarHub memiliki keupayaan untuk meningkatkan paras hutang untuk mendanakan pemerolehan yang boleh menyokong usaha perniagaannya, menurut Ketua Pegawai Kewangan Dennis Chia. 

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan