Images
  • Singtel rolls out travel-friendly data roaming for 26 destinations
    (Gambar fail: TODAY)

Singtel ungguli tadbir urus, amalan telus

SINGAPURA: Singtel mengungguli syarikat-syarikat Singapura dalam tadbir urus korporat dan amalan telus, menurut Indeks Tadbir Urus dan Ketelusan Singapura (SGTI) hari ini (1 Ogos).

Syarikat telko tempatan itu menduduki tempat pertama bagi ranking kategori am, CapitaLand naik dua tangga untuk menduduki tempat kedua. Sementara itu, DBS Group dan Bursa Saham Singapura terikat di tempat ketiga.

CapitaLand Mall Trust, sementara itu, mendahului kategori amanah pelaburan hartanah (REIT) dan amanah perniagaan. CapitaLand Commercial Trust di tempat kedua dengan Keppel REIT di tempat ketiga.

SGTI menilai syarikat-syarikat berdasarkan tadbir urus dan amalan telus korporat dan juga garis masa, serta akses dan ketelusan pengumuman hasil kewangan syarikat-syarikat berkenaan.

Ia diterbitkan setiap tahun oleh CPA Australia, Pusat Tadbir Urus Sekolah Perniagaan NUS, Institusi dan Pertubuhan (CGIO) dan Institut Pengarah Singapura (SID).

PENDEDAHAN TADBIR URUS KORPORAT TERBAIK SEJAUH INI

Piawaian tadbir urus korporat di Singapura terus berkembang, dengan rating purata mencecah paras tertinggi tahun ini, tambah kenyataan media itu.

Ia melaporkan markah purata tertinggi iaitu 52.3 bagi syarikat-syarikat dalam kategori am, naik 2.6 mata berbanding purata tahun 2016 iaitu 49.7.

Ia menarik perhatian bahawa usaha mendampingi pihak-pihak yang berkepentingan harus dipertingkat, memandangkan pendedahan secara keseluruhannya kekal rendah.

Indeks tahun ini menyenaraikan secara keseluruhan 606 syarikat yang disenaraikan di Singapura dan 42 REIT dan Amanah Perniagaan yang didedahkan dalam laporan tahunan menjelang 31 Mei. 

- CNA/RU/nk

Komen Anda?

Top