Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Singtel catat laba bersih S$3.85 bilion bagi Tahun Kewangan 2016/2017

Singtel hari ini (18 Mei) melaporkan bahawa syarikat telko tempatan itu meraih keuntungan bersih sebanyak S$3.85 bilion bagi Tahun Kewangan 2016/2017, turun sedikit berbanding S$3.87 bilion pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 May 2017 11:24AM Dikemas Kini : 19 May 2017 01:52AM

SINGAPURA: Singtel hari ini (18 Mei) melaporkan bahawa syarikat telko tempatan itu meraih keuntungan bersih sebanyak S$3.85 bilion bagi Tahun Kewangan 2016/2017, turun sedikit berbanding S$3.87 bilion pada tahun lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, keuntungan bersihnya mungkin naik dua peratus jika anak syarikatnya di India, Airtel, tidak berdepan dengan persaingan harga yang sangat sengit di negara itu.

Singtel menyatakan bahawa hasil operasinya menguncup dua peratus kepada S$16.71 bilion.

Ini kerana ia terjejas akibat kemerosotan pada kadar pembatalan khidmat mudah alih di Australia.

Berdasarkan pendapatan suku keempat, Singtel menyatakan bahawa keuntungan bersihnya meningkat dua peratus kepada S$963 juta.

Ini meskipun keuntungan sebelum cukai bagi syarikat-syarikat bersekutu serantau merosot enam peratus kepada S$658 juta.

Menurut syarikat itu, ia mencatat prestasi yang baik pada suku tersebut dengan meraih pertumbuhan dalam khidmat keselamatan siber dan satu kontrak baru yang ditwawarkan oleh NCS. 

Sumber : CNA/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan