Images
  • silkair (1)
    SilkAir akan melancarkan penerbangan tanpa henti antara Singapura dan Hiroshima pada Ogos ini. ( Gambar: SilkAir)

SilkAir lancar penerbangan tanpa henti pertama S'pura-Hiroshima

SINGAPURA: Cabang serantau Singapore Airlines (SIA), SilkAir, akan melancarkan penerbangan tanpa henti yang pertama antara Singapura dan Hiroshima pada bulan Ogos ini.

Menurut kenyataan media pada Selasa (30 Mei), syarikat penerbangan itu akan menawarkan khidmat tersebut pada 30 Oktober dan akan melakukan tiga penerbangan setiap minggu pada Isnin, Khamis dan Sabtu.

Penerbangan tersebut akan menggunakan pesawat Boeing 737-800 SilkAir yang menawarkan kabin bisnes dan ekonomi.

Penerbangan dari Singapura akan berlepas pada 1.45 pagi dan tiba di Hiroshima pada 9.30 pagi manakala penerbangan dari Hiroshima akan berangkat pada 10.25 pagi dan tiba di Singapura pada 3.40 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif SilkAir Foo Chai Woo berkata Hiroshima merupakan destinasi popular di kalangan rakyat Singapura kerana nilai sejarahnya, cuaca yang baik dan pelbagai daya tarikan di bandar-bandar yang terletak berdekatan.

Secara keseluruhannya, dengan pelancaran penerbangan ke Hiroshima itu, rangkaian Singapore Airlines-Silkair akan menawarkan penerbangan ke enam bandar Jepun - dua lapangan terbang di Tokyo, Fukuoka, Nagoya dan Osaka, menurut kenyataan media itu lagi.  

- CNA/ns

Komen Anda?

Top