Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SGX buat perubahan bagi syarikat disenaraikan di papan utama

Pengendali bursa saham, SGX menetapkan semua syarikat yang mahu disenaraikan di papan utama mesti memperuntukkan sekurang-kurangnya 5% penjualan saham awal (IPO) untuk pelabur runcit.

Anggaran Waktu Membaca:
SGX buat perubahan bagi syarikat disenaraikan di papan utama

Pusat Bursa Saham Singapura. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 08 Mar 2017 10:30PM Dikemas Kini : 08 Mar 2017 10:32PM

SINGAPURA: Pengendali bursa saham, SGX menetapkan semua syarikat yang mahu disenaraikan di papan utama mesti memperuntukkan sekurang-kurangnya 5% penjualan saham awal (IPO) untuk pelabur runcit.

Peraturan baru itu berkuatkuasa Mei ini.

Ia antara perubahan yang disarankan SGX yang termasuk waktu penutupan pasaran pada sebelah tengah hari hingga 1.00 tengah hari.

Peruntukan minimum IPO khusus bertujuan memudahkan penyertaan lebih tinggi pelabur runcit dalam pasaran.

SGX juga sedang mendapatkan maklum balas awam mengenai beberapa perubahan yang akan dilakukan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan