Images
  • saudi aramco'
    Tangki minyak Saudi Aramco di ibu pejabat syarikat itu di bandar Damam. (Gambar: REUTERS/ Ali Jarekji)

SGX bincang dengan Aramco dari Saudi berhubung penyenaraian di sini

SINGAPURA: Bursa Saham Singapura (SGX) mengadakan perbincangan dengan Saudi Aramco mengenai kemungkinan ia disenarai di sini sebagai penyeneraian sekunder, menurut dua sumber hari ini (6 Feb) yang mempunyai pengetahuan terhadap perkara itu.

Ini selepas syarikat minyak dan gas itu memberi petunjuk minggu lalu bahawa ia mungkin menyenaraikan secara serentak lebih daripada satu bursa saham.

Penyenaraian sehingga 5 peratus Aramco dijangka menjadi tawaran awam awal (IPO) terbesar di dunia.

Menteri Tenaga Saudi Khalid al-Falih berkata minggu lalu bahawa syarikat itu sedang menilai senarai-senarai lebih daripada satu bursa saham secara serentak.

Sumber-sumber itu memberitahu Reuters bahawa perbincangan SGX masih di peringkat awal kerana Saudi Aramco menyemak beberapa pasaran termasuk New York, London, Hong Kong dan Jepun.

Singapura sejauh ini dilihat tidak dapat menghambat pangkalan pengguna yang besar untuk digelar hab perdagangan yang sebenar-benarnya.

Ini walaupun para pelabur dan peserta pasaran menghargai syarat-syarat perdagangan Singapura yang ketat, dan juga bahasa operasinya adalah bahasa Inggeris. 

- Reuters/ru

Komen Anda?

Top