Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura perlu waspada terhadap kenaikan inflasi

Ketua bank pusat Singapura berkata bahawa walaupun inflasi jauh lebih rendah berbanding kadar purata sejarah negara ini, para penggubal dasar harus bersikap proaktif sekiranya ekonomi yang semakin kukuh dan mantap akan menyebabkan harga terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura perlu waspada terhadap kenaikan inflasi

Encik Ravi Menon. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 25 Oct 2017 11:18AM Dikemas Kini : 25 Oct 2017 11:21AM

SINGAPURA: Ketua bank pusat Singapura berkata bahawa walaupun inflasi jauh lebih rendah berbanding kadar purata sejarah negara ini, para penggubal dasar harus bersikap proaktif sekiranya ekonomi yang semakin kukuh dan mantap akan menyebabkan harga terus meningkat.

Inflasi akan lambat laun meningkat jika pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan dalam keadaan sedemikian, bank pusat - seperti bank lain di seluruh dunia - harus berpandangan jauh, kata Encik Ravi Menon, pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu wawancara semalam (24 Okt).

Setelah melonggarkan kawalannya sebanyak tiga kali antara Januari 2015 dengan April tahun lalu, MAS - yang menggunakan kadar pertukaran sebagai instrumen dasar utama dan bukan kadar faedah - memutuskan untuk mengekalkan kedudukannya di tengah-tengah tekanan inflasi yang lembap.

Dalam kenyataan yang mengiringi keputusan dasar terbarunya pada 13 Oktober, bank pusat itu tidak pula dengan jelas menekankan sama ada keputusannya itu sesuai bagi tempoh yang lebih panjang, meningkatkan lagi spekulasi bahawa ia mungkin akan mengetatkan dasarnya pada tahun depan dengan menaikkan sedikit nilai kadar pertukaran.

Buat masa ini, MAS berpegang kepada pendirian yang tidak akan menaikkan nilai kadar pertukaran bagi mata wang Singapura.

Menurut Encik Menon, inflasi di kebanyakan negara agak rendah dan ini adalah sesuatu yang mengejutkan, lebih-lebih lagi di tengah-tengah pertumbuhan yang bertambah kukuh.

Maka itu, menjadi tanda tanya bagi sebahagian besar bank pusat adalah bilakah masanya untuk mengubah dasar.

Momentum perdagangan global membantu negara-negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Singapura untuk mengukuhkan kedudukannya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong ada mengatakan pada awal minggu ini bahawa pertumbuhan ekonomi Singapura diramal mencecah hampir tiga peratus bagi tahun ini.  

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan