Images
  • SP Services
    Gambar fail bal lampu: (Gambar: Calvin Oh)

S'pura perlu giat pertingkat kecekapan tenaga

SINGAPURA: Di tengah-tengah perubahan berterusan dalam landskap daya tenaga Singapura perlu mempergiat usaha untuk meningkatkan kecekapan tenaga,memanfaatkan tenaga yang boleh diperbaharui dengan cara lebih inovatif dan cekap serta melabur dalam R&D.

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean di acara Kuliah Daya Tenaga Singapura di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura hari ini (23 Okt).

Sehubungan dengan itu beberapa inisiatif diumumkan untuk meningkatkan daya saing ekonomi, keselamatan dan kemampanan alam sekitar bagi bekalan daya tenaga negara.

Misalnya, Penguasa Pasaran Tenaga bekerjasama dengan SP Group

untuk memberi geran $17.8 juta kepada dua konsortium tempatan bagi membina Sistem Penyimpanan Tenaga berskala utiliti yang pertama di negara ini.

Lebih banyak juga dilakukan untuk membangunkan penyelidikan dalam bidang daya tenaga suria.  

- CNA/NU/nk

Komen Anda?

Top