Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura kekal komited muktamadkan semakan perjanjian dagangan dengan India

Singapura kekal komited untuk memuktamadkan semakan terhadap perjanjian dagangan bebas dengan India.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kekal komited muktamadkan semakan perjanjian dagangan dengan India

Ibu kota India, New Delhi. (Gambar: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 05 Apr 2017 12:47PM Dikemas Kini : 05 Apr 2017 01:17PM

SINGAPURA: Singapura kekal komited untuk memuktamadkan semakan terhadap perjanjian dagangan bebas dengan India dan belum lagi diberitahu secara rasmi oleh pemerintah India bahawa semakan itu dihentikan buat sementara, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), hari ini (5 April).

Ini sebagai menjawab pertanyaan pihak media mengenai rencana terbitan The Times of India yang melaporkan bahawa pemerintah India menghentikan buat sementara semakan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (CECA). CECA yang dipersetujui pada tahun 2005 merupakan perjanjian dagangan bebas antara Singapura dan India.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar tersebut turut mendedahkan bahawa langkah pemerintah India itu adalah sebagai respons terhadap sekatan pemerintah Singapura ke atas pergerakan karyawan sofwe India yang dianggap sebagai "mencabuli" perjanjian dagangan.

Rencana bertarikh 3 April itu tidak memberikan sebarang perincian tetapi hanya setakat menukil wawancara dengan presiden Persatuan Nasional bagi Syarikat Sofwe dan Perkhidmatan (NASSCOM) Yang mendakwa bahawa visa-visa bagi karyawan IT dari India "semakin berkurangan". NASSCOM adalah sebuah persatuan perdagangan Industri Teknologi Maklumat dan Penyumberan Luar Proses Perniagaan.

Dalam responsnya, jurucakap MTI berkata: "Singapura belum lagi menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Pemerintah India mengenai semakan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (CECA) dihentikan buat sementara.

"Kami kekal komited dalam kerjasama dengan India untuk memuktamadkam semakan kedua CECA," menurut kiriman emel MTI.

CECA dimeterai pada Jun 2015 selepas 13 pusingan rundingan rasmi, dan meliputi perdagangan barangan, perkhidmatan, perlindungan pelaburan, dan aspek-aspek lain. Perjanjian tersebut merupakan yang pertama seumpama itu bagi India, dan ia juga adalah perjanjian menyeluruh yang pertama antara Singapura dengan sebuah negara dari selatan Asia.

Semakan pertama selesai pada tahun 2007. Semakan kedua yang sudah dijalankan selama enam tahun bertujuan untuk meneroka bagaimana perjanjian berkenaan boleh diperluaskan.

Perdagangan dua hala antara Singapura dan India terus berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dari S$16.6 bilion pada 2005 kepada S$25.5 bilion, pada tahun 2013. Saluran Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari India ke Singapura juga meningkat dari S$1.3 bilion pada tahun 2005 kepada S$20 bilion pada tahun 2012.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan