Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$20 juta akan diketepikan bagi usahawan baru menapak

Sekitar S$20 juta akan diketepikan di bawah inisiatif Startup SG yang diumumkan bulan lalu, untuk menyokong para usahawan yang baru menapak.

Anggaran Waktu Membaca:
S$20 juta akan diketepikan bagi usahawan baru menapak

Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, Koh Poh Koon di acara yang mendedahkan logo Startup SG. (Gambar: Wendy Wong)

Diterbitkan : 22 Mar 2017 04:40PM Dikemas Kini : 22 Mar 2017 04:41PM

SINGAPURA: Sekitar S$20 juta akan diketepikan di bawah inisiatif Startup SG yang diumumkan bulan lalu, untuk menyokong para usahawan yang baru menapak.

Ini diumumkan oleh Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Koh Poh Koon hari ini (22 Mac) di satu acara bagi pembukaan tiga blok baru di JTC LaunchPad @ one-north.

Di bawah skim 'Startup Founder', para usahawan baru boleh memanfaatkan sebuah geran modal permulaan yang disediakan untuk syarikat baru serta sokongan mentor.

Para pemohon yang berjaya menyertai skim itu akan digandingkan dengan para mentor di bawah inisiatif baru, Rakan Mentor yang Bertauliah (AMP).

"AMP ini akan termasuk pihak-pihak inkubator dan pemangkin yang akan menyediakan nasihat, jaringan hubungan dan peluang pembelajaran kepada para usahawan yang baru menapak," kata Dr Koh. "Ini juga akan membantu para usahawan menerima pembiayaan awal."

SPRING Singapore - agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan - akan mempelawa para rakan usaha sama untuk tampil menjadi AMP, mulai hari ini.

Dalam acara itu, Dr Koh juga mendedahkan logo bagi Startup SG, jenama keseluruhan bagi skim-skim sokongan Pemerintah untuk syarikat-syarikat baru.

Skim 'Startup SG Founder' akan menggantikan Geran ACE Startup dan geran iJam Tier 1, masing-masing bagi para usahawan yang baru menapak dan syarikat-syarikat baru media digital interaktif.

Perubahan-perubahan pada skim-skim Startup SG Founder dan Startup SG Equity, yang tergolong di bawah Startup SG, akan berkuatkuasa mulai 1 Mei tahun ini.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan