Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

S$1=RM3.06 - Ringgit makin kuat berbanding dolar S'pura

Ringgit Malaysia terus ditutup pada paras lebih kukuh berbanding dolar Singapura bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Ringgit Malaysia terus ditutup pada paras lebih kukuh berbanding dolar Singapura bulan ini.

Data Bloomberg menunjukkan, ringgit ditutup pada paras 3.0620 berbanding sedolar Singapura hari ini (20 Nov).

Ia adalah paras paling kukuh bagi mata wang Malaysia itu bagi bulan November ini berbanding mata wang Singapura. Pada 3 November, ia mencatat parasnya yang terendah berbanding SGD, iaitu 3.119.

(Gambar: laman Bloomberg)

(Gambar: petikan dari laman Bloomberg)

Ini bermakna, sekiranya anda merancang untuk bercuti atau membeli belah di Malaysia sempena cuti sekolah yang baru bermula ini dan mahu menukar S$1,000 kepada ringgit, anda akan menerima RM3,060.

Ini kurang sekitar RM50 berbanding dengan kadar tukaran pada 3 November, di mana anda mungkin boleh mendapat sekitar RM3,110.

Ringgit juga lebih kukuh berbanding dolar Amerika hari ini apabila ia mencatat 4.148/151 berbanding kadar 4.160/163 yang dicatat semalam.

Para pedagang mata wang menyatakan, kekuatan ringgit disumbang oleh sentimen positif berhubung berita pertumbuhan ekonomi 6.2% yang dicatat Malaysia bagi suku ketiga.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan