Images
  • rowsley chariman
    Pengerusi Rowsley Ltd, Ng Ser Miang.

Rowsley Ltd bakal beli aset jagaan kesihatan bernilai hingga S$1.9 bilion

SINGAPURA: Syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Singapura, Rowsley Ltd, pada Selasa (18 Jul) mengumumkan rancangan untuk memperluaskan sektor jagaan kesihatan dengan menandatangani kertas tanpa ikatan syarat untuk membeli aset jagaan kesihatan pemegang sahamnya, Lim Eng Hock, yang bernilai sekitar S$1.9 bilion.

Rowsley adalah syarikat hartanah berbilang disiplin yang menguruskan perniagaan dalam bidang reka bentuk dan kejuruteraan, pembangunan hartanah dan khidmat pelayanan.

Satu perjanjian penjualan dan pembelian dijangka dimuktamadkan dalam masa dua bulan ini.

Pemerolehan yang diusulkan adalah untuk membeli semua saham Thomson Medical Pte Ltd dan 70.36 peratus saham TMC Life Sciences Bhd (TMCLS), sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham Malaysia.

Thomson Medical adalah salah satu penyedia khidmat jagaan kesihatan utama Singaura bagi wanita dan kanak-kanak.

TMCLS pula adalah sebuah syarikat jagaan kesihatan yang kebanyakannya beroperasi melalui Pusat Perubatan Tropicana iaitu hospital utamanya.

Pemerolehan yang diusulkan itu akan dijalankan dengan mengeluarkan saham baru yang berharga S$0.075 bagi setiap saham. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top