Images
  • ringgit

RM kini 3.148 berbanding S$1.00 - paras terendah yang baru

SINGAPURA: Nilai dolar Singapura melonjak ke paras rekod yang baru berbanding ringgit Malaysia hari ini (17 Feb).

Data Bloomberg menunjukkan, nilai mata wang Singapura meningkat kepada setinggi RM3.1481 bagi setiap S$1.

Rekod sebelum ini - RM3.1479 bagi setiap S$1 - dicatat pada 18 Januari tahun ini. Rekod baru dicapai sekitar 4.40 petang tadi.

Namun menjelang 5.00 petang, kadar tukaran ringgit mengurangkan kemerosotannya kepada RM3.1451 bagi setiap S$1.

Kadar pertukaran melonjak semalam apabila ia meningkat kepada RM3.1421 bagi setiap S$1, daripada RM3.1274 bagi S$1 kelmarin.

Kadar itu lebih lemah hari ini, namun ia mencukupi untuk meningkatkan nilai dolar Singapura kepada rekod tinggi baru berbanding ringggit.

Ahli Strategi Mata Wang Kanan DBS, Philip Wee memberitahu Mediacorp bahawa rekod tinggi baru itu kemungkinan hanya "lonjakan ringan" daripada peningkatan semalam. Ringgit Malaysia sudah melemah sebanyak 0.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat, sementara dolar Singapura stabil pada tahap S$1.4172 berbanding dolar Amerika.

- TODAY/Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top
>