Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ringgit merosot cecah 3.13 hari ini berbanding SGD

Nilai mata wang Singapura mencapai parasnya yang tertinggi dalam tempoh 11 minggu, berbanding ringgit Malaysia apabila sesi dagangan ditutup petang tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Ringgit merosot cecah 3.13 hari ini berbanding SGD

Gambar hiasan: Wang ringgit Malaysia. (Gambar: AFP/Tengku Bahar)

BERITAMediacorp: Nilai mata wang Singapura mencapai parasnya yang tertinggi dalam tempoh 11 minggu, berbanding ringgit Malaysia apabila sesi dagangan ditutup petang tadi.

Menurut data Bloomberg, ringgit merosot ke paras RM3.129 bagi setiap unit mata wang Singapura.

Data tersebut juga menunjukkan, ringgit mencecah parasnya yang terendah dalam sesi dagangan hari ini apabila ia mencatat RM3.1339 pada jam 1.50 petang tadi, dengan dagangan dibuka pada paras RM3.1315 pagi tadi .

Paras ringgit paling kukuh bagi bulan ini ialah RM3.104, yang dicatat pada 11 Julai lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan