Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ringgit kini 3.15 bagi setiap dolar S'pura

Nilai ringgit Malaysia terus melemah berbanding dolar Singapura, apabila ia ditutup pada paras 3.15 berbanding SGD.

Anggaran Waktu Membaca:
Ringgit kini 3.15 bagi setiap dolar S'pura

Gambar fail wang kertas Ringgit Malaysia. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 31 Jul 2017 09:48PM Dikemas Kini : 31 Jul 2017 09:50PM

BERITAMediacorp: Nilai ringgit Malaysia terus melemah berbanding dolar Singapura, apabila ia ditutup pada paras 3.15 berbanding SGD.

Data Bloomberg menunjukkan, secara keseluruhan, ringgit hari ini dibuka pada paras 3.1545 semasa sesi dagangan dibuka.

Pada satu ketika, ia mencecah paras 3.1554 bagi setiap unit dolar Singapura, namun akhirnya ditutup pada paras 3.1542.

Bernama pula melaporkan, ringgit juga ditutup rendah berbanding dolar Amerika hari ini berikutan sentimen lemah akibat pasaran ekuiti yang lebih lembap.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2800/2830 bagi setiap dolar AS berbanding 4.2795/2835 ketika ditutup pada Jumaat.

Paras ringgit yang paling kukuh tahun ini berbanding SGD ialah pada 9 Jun, di mana ia mencatat paras 3.0812.

Sumber : BERITA Mediacorp/Bernama/DIWAI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan