Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ringgit cecah paras 3.08 berbanding dolar S'pura

Nilai ringgit Malaysia terus mengukuh dan mencecah paras 3.08 berbanding sedolar Singapura, pada tengah hari Jumaat (5 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Ringgit cecah paras 3.08 berbanding dolar S'pura

Gambar hiasan: Wang ringgit Malaysia. (Gambar: AFP/Tengku Bahar)

BERITAMediacorp: Nilai ringgit Malaysia terus mengukuh dan mencecah paras 3.08 berbanding sedolar Singapura, pada tengah hari Jumaat (5 Mei).

Data Bloomberg menunjukkan, sepanjang sesi dagangan hari ini, ringgit diniagakan di paras antara 3.088 dengan 3.099 sehingga jam 3.00 petang tadi.

Ini merupakan paras paling kuat mata wang ringgit berbanding dolar Singapura sejak akhir-akhir ini.

Pada 13 April lepas, nilai ringgit mencecah paras 3.178 berbanding sedolar Singapura - iaitu paras rekod tertinggi SGD berbanding RM - sebelum kemudiannya ditutup pada paras 3.164.

Ringgit berada di bawah paras 3.10 sejak dua hari lalu (3 Mei). 

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan