Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Ringgit cecah lagi paras 3.17 berbanding SGD

Nilai ringgit Malaysia sekali lagi mencecah paras 3.17 berbanding sedolar Singapura, semasa sesi dagangan hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ringgit cecah lagi paras 3.17 berbanding SGD
Diterbitkan : 28 Mar 2017 07:09PM Dikemas Kini : 28 Mar 2017 07:17PM

BERITAMediacorp: Nilai ringgit Malaysia sekali lagi mencecah paras 3.17 berbanding sedolar Singapura, semasa sesi dagangan hari ini.

Data Bloomberg menunjukkan, sepanjang dagangan hari ini, ringgit diperdagangkan antara paras 3.164 hingga 3.170.

Ia mencecah paras tertinggi 3.1708 dalam sesi hari ini sekitar jam 4.25 petang tadi, sebelum akhirnya ditutup pada kadar 3.167 bagi setiap dolar Singapura.

Ia juga lebih tinggi berbanding kadar penutupan semalam, iaitu 3.163.

Ringgit berada di paras 3.16 ke atas sejak 17 Mac, iaitu selama 8 sesi berturut-turut.

Paras tertinggi yang dicatat bulan ini berbanding seunit mata wang Singapura ialah pada 9 Mac, di mana ia ditutup pada paras 3.14.

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan