Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Rangka kerja dibangunkan bagi bank menilai amalan mesra alam peminjam

Institusi-institusi kewangan dan bank-bank di Singapura akan mendapat beberapa bimbingan dalam memahami bagaimana mereka boleh menyumbang kepada pinjaman kewangan yang lebih mampan.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangka kerja dibangunkan bagi bank menilai amalan mesra alam peminjam

Ladang kelapa sawit di Asia Tenggara. (Gambar: AFP/Romeo Gacad)

Diterbitkan : 06 Apr 2017 09:45PM Dikemas Kini : 06 Apr 2017 09:46PM

SINGAPURA: Institusi-institusi kewangan dan bank-bank di Singapura akan mendapat beberapa bimbingan dalam memahami bagaimana mereka boleh menyumbang kepada pinjaman kewangan yang lebih mampan dan mesra alam.

Contohnya, melalui penilaian amalan-amalan sekitaran para peminjam, sebelum ia memberikan pinjaman.

Kumpulan pemikir Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) sedang bekerjasama dengan Program Sekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk membangunkan satu rangka kerja di mana bank-bank boleh mengambil beberapa langkah untuk meminta syarikat di industri agroperhutanan menunjukkan pensijilan dan untuk lebih telus.

Ini diumumkan hari ini (6 Apr) oleh pengerusi SIIA Simon Tay, di dialog kali keempat Sumber Mampan Dunia, yang diadakan di Singapura.

Bagi syarikat disenaraikan di Singapura, ia akan ditanya jika ia menerbitkan laporan kemampanan di Bursa Saham Singapura di bawah peraturan "mematuhi atau menjelaskan".

Ini akan menetapkan piawaian bagi pelabur kecil, kata Profesor Madya Tay, sambil menambah ia juga merupakan satu tanda peralihan daripada syarikat tidak bertanggungjawab dan disenarai hitam kepada rangkaian nilai keseluruhan yang lebih mesra alam.

Rangka kerja itu juga akan melihat bagaimana untuk memberi bantuan kewangan yang lebih baik kepada syarikat-syarikat yang membuat "perkara yang betul" melalui insentif seperti bond hijau bagi menggalak syarikat-syarikat itu kekal berada di landasan yang betul. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan