Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Qatar Airways jangka larangan perjalanan Trump akan dilonggarkan

Ketua Eksekutif Qatar Airways Akbar Al Baker pada Selasa (7 Feb) berkata beliau menjangkakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan melonggarkan larangan perjalanan yang disasarkan terhadap tujuh buah negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim, lapor New Zealand.

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar Airways jangka larangan perjalanan Trump akan dilonggarkan

Sebuah pesawat Qatar Airways. (Gambar fail: REUTERS/Pascal Rossignol)

Diterbitkan : 07 Feb 2017 02:48PM Dikemas Kini : 07 Feb 2017 02:50PM

SYDNEY: Ketua Eksekutif Qatar Airways Akbar Al Baker pada Selasa (7 Feb) berkata beliau menjangkakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan melonggarkan larangan perjalanan yang disasarkan terhadap tujuh buah negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim, lapor New Zealand.

Larangan perjalanan itu, langkah kontroversial Trump sejak mengambil alih jawatan pada bulan lalu, digantung buat sementara waktu pada Jumaat (3 Feb) menyusuli keputusan seorang hakim untuk menarik balik larangan itu, meskipun ia sudahpun menjejas sejumlah penumpang syarikat penerbangan tersebut.

Al Baker berkata beliau menjangkakan kepintaran berniaga Trump akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam perdagangan antara Amerika Syarikat dan negara-negara Teluk.

"Saya rasa kita perlu memberikannya sedikit masa untuk melihat bagaimana beliau akan mentadbir sebuah negara kuasa dunia," kata Al Baker kepada media di New Zealand, menurut laporan Fairfax Media.

Beliau berkata demikian semasa Qatar Airways melancarkan salah satu penerbangan paling jauh di dunia dari Doha ke Auckland.

"Saya yakin beliau akan menyedari dalam jangka panjang bahawa negara-negara Teluk menyumbang besar kepada ekonomi Amerika Syarikat."

Al Baker sebelum ini pernah muncul dalam beberapa acara bersama Trump dan pada tahun lalu menyifatkannya sebagai "seorang rakan" kepada CNN.

"Presiden Trump sedang cuba melindungi kepentingan negaranya, dengan cara yang sama saya cuba melindungi kepentingan negara saya dan syarikat penerbangan saya." kata Al Baker pada Selasa (7 Feb).

Pada 27 Januari, Trump mengharamkan rakyat Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria, Yaman dan juga para pelarian dari memasuki Amerika Syarikat.

Larangan itu menggemparkan industri penerbangan, dengan sesetengah syarikat penerbangan terpaksa mengubah jadual penerbangan anak kapal mereka. 

Sumber : Reuters/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan