Proses pengendalian bagasi kurang bebankan pekerja menang Cabaran Penerbangan CAAS
Singapura maju setapak lagi dalam usaha menjadikan proses pengendalian bagasi di lapangan terbang, kurang membebankan bagi para pekerja.
SINGAPURA: Singapura maju setapak lagi dalam usaha menjadikan proses pengendalian bagasi di lapangan terbang, kurang membebankan bagi para pekerja.
Satu prototaip oleh Singapore Technologies Dynamics yang menggunakan tangan robot dan kenderaan tanpa pemandu memenangi Cabaran Penerbangan anjuran Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).
Sekarang, proses pengendalian bagasi di lapangan terbang menggunakan tenaga empat kerat para pekerja.
Tetapi sekarang ada huraian inovatif dengan tangan-tangan robot mengambil alih proses mengangkut bagasi ke dalam troli.
Sebuah traktor tanpa pemandu kemudian menarik troli-troli masuk dan keluar dari pesawat.
Beg-beg dari pesawat pula boleh diturunkan dengan menekan butang mesin ini saja.
Cabaran Penerbangan dilancarkan pada 2014 untuk mengenal pasti inovasi di lapangan terbang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.