Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Prihatin, sensitif" terhadap alam semula jadi bantu KCAP dapat kontrak Daerah Tasik Jurong

Pasukan yang diterajui oleh KCAP Architects & Planners ditugaskan untuk membangunkan pelan induk yang terperinci bagi Daerah Tasik Jurong, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (8 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Feb 2017 03:22PM Dikemas Kini : 08 Feb 2017 09:12PM

SINGAPURA: Pasukan yang diterajui oleh KCAP Architects & Planners ditugaskan untuk membangunkan pelan induk yang terperinci bagi Daerah Tasik Jurong, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (8 Feb).

Saranan pasukan itu mendapat markah tertinggi di kalangan lima pasukan yang dipilih untuk fasa kedua permintaan saranan (RFP) bagi Daerah Tasik Jurong, tambah agensi tersebut dalam kenyataan medianya.

Menurut URA, saranan KCAP adalah yang terbaik dari segi memenuhi jangkaan dan keperluan RFP. "Kelebihan saranan itu adalah fokusnya yang sensitif kepada air dan kehijauan di daerah itu, yang akan menampilkan laluan air baru dan ruang-ruang hijau yang akan menghubungkan seluruh daerah tersebut bagi mewujudkan identiti yang unik dan tersendiri."

Panel penilai juga kagum dengan tipologi bandar yang menggabungkan kehijauan kawasan itu dengan Tasik Jurong yang terletak bersebelahan, yang pada masa yang sama, turut memberi penekanan kepada ruang-ruang awam yang aktif dan interaktif", menurut kenyataan media itu lagi.

KCAP dan pasukannya akan bekerjasama dengan URA dan agensi-agensi relevan untuk memperhalusi pelan induk itu dan melakarkan saranan-saranan yang terperinci bagi Daerah Tasik Jurong dalam masa beberapa bulan akan datang, dan saranan-saranan itu akan dipamerkan pada pertengahan tahun ini, menurut agensi itu.

Dalam tempoh tersebut, orang ramai dipelawa untuk memberikan maklum balas dan pandangan mereka mengenai saranan-saranan yang diusulkan dan selepas itu URA akan bekerja rapat dengan para perunding untuk menerapkan maklum balas yang diterima sebelum memuktamadkan pelan induk tersebut.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan