Images
  • car
    Gambar fail.

Premium COE kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru: kejatuhan ketara bagi kereta sehingga 1,600cc

SINGAPURA: Sebahagian besar Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru pada Rabu (24 Mei).

Bagi kenderaan komersil termasuk van, lori dan bas, premiumnya meningkat dari S$26,029 kepada S$30,600. Kategori ini merupakan satu-satunya kategori yang mencatat peningkatan.

Harga premium dalam Kategori A - iaitu bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp - jatuh paling ketara, ditutup pada S$46,489, turun dari S$51,106 dua minggu lalu.

Bagi kereta yang lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B, premiumnya ditutup pada S$53,001, merosot dari S$55,414.

Bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, ditutup pada S$52,000, turun dari S$55,000.

Premium motosikal ditutup pada S$6,101 turun sedikit berbanding S$6,301 dalam bidaan lalu.

Sebanyak 8,151 bidaan diterima dalam bidaan kali ini, dengan 5,338 COE diperuntukkan.

Ini merupakan tender kedua bagi tempoh Mei hingga Julai, dengan peruntukan COE 20 peratus lebih tinggi berbanding suku sebelumnya. 

- CNA/ns

Komen Anda?

Top