Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

PMI S'pura tumbuh buat 10 bulan berturut-turut pada Jun

PMI Jun naik 0.1 mata untuk mencatat rekod pengembangan 50.9. Ia dipacu oleh tambahan dalam tempahan baru, eksport baru, inventori dan hasil pengeluaran kilang.

Anggaran Waktu Membaca:
PMI S'pura tumbuh buat 10 bulan berturut-turut pada Jun

Gambar fail latar langit Singapura. (Gambar: Rachel Phua)

Diterbitkan : 03 Jul 2017 11:47PM Dikemas Kini : 03 Jul 2017 11:48PM

SINGAPURA: Ekonomi pengilangan Singapura terus berkembang, dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) berkembang bagi 10 bulan berturut-turut pada bulan Jun, menurut bacaan terbaru yang didedahkan hari ini (3 Jul).

PMI Jun naik 0.1 mata untuk mencatat rekod pengembangan 50.9. Ia dipacu oleh tambahan dalam tempahan baru, eksport baru, inventori dan hasil pengeluaran kilang.

Bacaan atas 50 bermaksud ekonomi pengilangan sedang berkembang sementara bacaan di bawah 50 menunjukkan pengucupan.

Sektor elektronik menunjukkan rentak pertumbuhan yang lebih lembab selepas mencatat rekod mata pada bulan Mei. PMI sektor itu merosot 0.3 mata kepada 52.1 mata pada bulan Jun.

Bacaan yang lebih rendah itu disebabkan kemerosotan bagi tempahan baru untuk elektronik dan juga eksport baru, hasil pengeluaran kilang, kadar inventori dan pengambilan kerja elektronik.

Sektor berkenaan bagaimanapun mencatat rekod pengembangan 11 bulan berturut-turut.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan