Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

PMI S'pura catat mata tertinggi dalam 8 tahun

Sektor pengilangan Singapura sekali lagi mencatat pertumbuhan baik buat bulan Oktober, yang mencatat rekod tertinggi dalam masa lapan tahun. Ini meskipun terdapat sedikit kemerosotan dalam sektor elektronik, menurut tinjauan industri. 

Anggaran Waktu Membaca:
PMI S'pura catat mata tertinggi dalam 8 tahun

Gambar fail sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 02 Nov 2017 10:40PM Dikemas Kini : 02 Nov 2017 10:49PM

SINGAPURA: Sektor pengilangan Singapura sekali lagi mencatat pertumbuhan baik buat bulan Oktober, yang mencatat rekod tertinggi dalam masa lapan tahun. Ini meskipun terdapat sedikit kemerosotan dalam sektor elektronik, menurut tinjauan industri.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) mencatat 52.6 mata, iaitu kenaikan sebanyak 0.6 mata berbanding bulan September. Ini merupakan paras tertinggi sejak Disember 2009 dan pertumbuhan buat 14 bulan berturut-turut, menurut data yang diterbitkan Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) hari ini (2 Nov).

PMI merupakan kayu ukur bagi ekonomi pengilangan Singapura. Bacaan lebih daripada 50 catatkan perkembangan, manakala bacaan di bawah 50 pula menunjukkan penguncupan.

Bacaan PMI terkini dirangsang oleh sektor pengilangan bukan elektronik dan bacaan yang lebih tinggi ini disebabkan oleh rentak pengembangan yang lebih pantas dalam kebanyakan penunjuk utama, menurut data tersebut.

Pengambilan pekerjaan dalam sektor pengilangan turut mencatatkan pertumbuhan buat dua bulan berturut-turut.

Sungguhpun demikian, PMI bagi sektor elektronik pula mencatatkan kemerosotan 0.3 mata berbanding bulan sebelumnya, justeru mencatatkan rentak pertumbuhan yang lebih perlahan dengan bacaan 53.3.

"Bukti menunjukkan bahawa kebanyakan pengeluar elektronik bimbang terhadap kesan inovasi digital ke atas perniagaan mereka," menurut SIPMM.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan