Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee buka Pusat Perniagaan Mapletree di Ho Chi Minh City

Pemaju hartanah Singapura, Mapletree hari ini (22 Mac) melancarkan menara pejabat yang baru, Pusat Perniagaan Mapletree, di Ho Chi Minh City.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2017 04:44PM Dikemas Kini : 23 Mar 2017 01:25AM

HO CHI MINH CITY: Pemaju hartanah Singapura, Mapletree hari ini (22 Mac) melancarkan menara pejabat yang baru, Pusat Perniagaan Mapletree, di Ho Chi Minh City.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha Mapletree memperluaskan pelaburannya di Vietnam.

Projek itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang sedang berada di Vietnam pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu.

Terletak di kawasan mewah District 7 di bandar itu, menara pejabat tersebut merupakan sebahagian daripada projek lebih besar - Saigon South Place Complex - yang termasuk sebuah pusat beli-belah yang dinamakan VivoCity.

Menara setinggi 17 tingkat itu seluas 28,384 meter persegi, menurut Mapletree. Para penyewanya termasuk syarikat seperti Standard Chartered Bank, Uniben, Far Eastern Polytex dan SCC UK.

Pusat Perniagaan Mapletree di Saigon South Place Complex. (Gambar: Mapletree Investments)

Pusat Perniagaan Mapletree di Saigon South Place Complex. (Gambar: Mapletree Investments)

Saigon South Place Complex merupakan projek serba guna, yang dilengkapi sebuah apartmen servis dan sebuah blok perumahan bertingkat tinggi yang dijangka selesai dibina menjelang akhir tahun ini.

Terdapat juga rancangan untuk membina dua lagi menara pejabat di kawasan itu, menurut pemaju hartanah itu.

Singapura merupakan pelabur asing terbesar di Ho Chi Minh City. PM Lee semalam mengalu-alukan hubungan kukuh Singapura dengan bandar itu dan menggesa lebih ramai warga Singapura melabur ke luar negara. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan