Images
  • CBD
    CBD. (Gambar: TODAY)

Pertumbuhan ekonomi S’pura bagi 2018 mungkin ‘sederhana’ mulai tahun ini

SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka terus kukuh pada tahun depan, meskipun ia “boleh tumbuh pada rentak yang sederhana mulai tahun ini”.

Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam semakan makroekonomi terbarunya yang dikeluarkan hari ini (27 Okt).

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura dijangka setengah atas dua hingga tiga peratus tahun ini, menurut MAS. Pada 2018, MAS meramalkan ekonomi negara akan tumbuh pada rentak yang stabil namun perlahan sedikit, di tengah-tengah pertumbuhan global yang kukuh dan keadaan yang beransur pulih bagi industry-industri domestik.

Dalam laporan dwi-tahunannya, yang mengandungi analisis bank pusat mengenai prestasi dan unjuran ekonomi Singapura, MAS juga menyatakan ia menjangkakan pertumbuhan sector yang tidak menentu akan “reda pada tahun 2018”, dengan peluasan kelompok berkaitan perdagangan lebih sederhana, sementara sektor dengan pertumbuhan sederhana pula, menunjukkan prestasi lebih baik.

Sejak dua suku sebelum ini, kebangkitan ekonomi domestik semakin baik dari segi rentak dan kesannya, menurut MAS.

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tumbuh purata 4.4 peratus dari suku ke suku dengan penyesuaian musiman pada suku kedua dan ketiga – jauh lebih baik daripada penguncupan pada tiga bulan pertama 2017.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh sektor-sektor berkaitan perdagangan yang,didorong hasil pengilangan yang semakin pulih, menunjukkan perubahan besar sejak suku keempat tahun lalu.

Dalam pada itu, meskipun sebahagian besar pertumbuhan pada suku-suku sebelumnya hanya tertumpu kepada sektor berkaitan IT, kebanyakan industri lain sudah mula menunjukkan prestasi lebih baik, menurut MAS.

Dalam kalangan kelompok khidmat modem dan domestik, segmen industri seperti khidmat kewangan, runcit dan infokom sudah menunjukkan peningkatan sejak enam bulan lalu, menandakan kebangkitan ekonomi yang lebih luas.

Bank pusat menyatakan penumpuan prestasi sektor mungkin berterusan, menyebabkan “berkurangnya pertumbuhan tidak menentu dalam semua sektor” pada tahun 2018.
“Secara keseluruhannya hasil pengeluaran sektor agak tidak menentu pada 2017, dengan industri berkaitan IT memperlihatkan prestasi paling kukuh dalam membantu menyokong kelemahan-kelemahan dalam kegiatan berkaitan binaan dan minyak. Perbezaan ini dijangka semakin mengecil pada masa akan datang,” menurut laporan itu lagi.

Momentum pertumbuhan dalam segmen berkaitan IT dijangka sederhana, sedang kitaran teknologi global yang bertambah matang boleh menyebabkan penggabungan pertumbuhan dan hasil pengilangan, tambah MAS.

MAS menjangkakan sektor marin dan kejuruteraan luar pesisir “kurang menjejas pertumbuhan” pada tahun 2018. Meskipun trend struktur, seperti peningkatan penghasilan syal (shale) Amerika Syarikat, boleh mempertingkat industri minyak, permintaan dan bekalan yang tidak seimbang secara pelahan-lahan lebih condong kepada unjuran yang tidak neutral bagi para pengilang dalam sektor tersebut, menurut MAS.

Sementara itu, sektor binaan mungkin menyaksikan perubahan pada tahun 2018, meskipun sederhana, didorong sokongan bernilai $1.4 bilion daripada kontrak-kontrak sektor awam yang dikedepankan dan bayaran-bayaran dari kontrak-kontrak sebelum ini yang diberikan pada tahun 2016.

Awal bulan ini, bank pusat, sejajar dengan yang dijangkakan, memutuskan untuk mengekalkan kedudukannya dengan tidak menaikkan kadar pertukaran mata wang Singapura.

Kadar inflasi teras – iaitu pertimbangan dasar utama MAS – diramalkan sekitar 1.5 peratus pada 2017 dan purata satu hingga dua peratus tahun depan, menurutnya lagi.
Sementara itu, kadar inflasi Singapura dijangka sekitar 0.5 peratus pada 2017 dan kekal dalam lingkungan sifar hingga satu peratus pada 2018, menurut MAS.

- CNA/NK/fa

Komen Anda?

Top