Images
  • penthouse
    Pandangan dari atas bangunan tertinggi di Singapura, Tanjong Pagar Centre. (Gambar: GuocoLand Singapore)

Penthouse tiga tingkat di Singapura ini berharga $99 juta

SINGAPURA: Harga tawaran bagi sebuah penthouse Singapura yang baru, yang mempunyai tiga tingkat di dalamnya dan lengkap dengan kolam renang peribadi di tingkat ke-64, sudah mencecah harga US$72 juta (S$ 99.17 juta).

Penthouse tersebut yang diumumkan secara rasmi pada tahun ini, merupakan penthouse Wallich Residence, bangunan paling tinggi di Singapura.

Penthouse di Tanjong Pagar Centre itu yang dibangunkan oleh syarikat hartanah mewah Guo-co-Land, dijangka akan menjadi apartment yang paling mahal di Singapura. Ia akan menguji permintaan bagi harta tanah mewah di negara kota.

Harga rumah-rumah mewah di Singapura jatuh 15 hingga 20 peratus daripada harga puncaknya pada tahun 2013, menurut perundingan JLL, sebahagian daripada kumpulan perkhidmatan hartanah global Jones Lang LaSalle.

Namun, syarikat perunding cara hartanah JLL menjangkakan prospek pasaran rumah-rumah sedemikian kini cerah kembali, dan harga dijangka meningkat antara 3 hingga 5 peratus tahun ini.

Ini kerana terdapat permintaan dari para pelabur hartanah mewah dari China yang melihat potensi pasaran hartanah sedemikian untuk masa depan di rantau ini.

Para pelabur percaya bahawa permintaan daripada penduduk tempatan dan pelabur asing mungkin sudah mencecah parasnya yang terendah dan kini masanya untuk pasaran meningkat kembali. 

- TODAY/ur

Komen Anda?

Top