Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan meningkat setelah COE Kat A jatuh ke paras terendah dalam 7 tahun

Demikian menurut para peniaga yang diwawancara Mediacorp, ada daripada mereka yang menyaksikan peningkatan sebanyak 300 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan meningkat setelah COE Kat A jatuh ke paras terendah dalam 7 tahun

Gambar hiasan. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 11 Sep 2017 10:17AM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 02:41PM

SINGAPURA - Sejak Harga Sijil Hak Milik (COE) untuk kereta kecil menjunam ke paras paling rendah dalam hampir tujuh tahun, penjualan kereta meningkat antara 30 dengan 40 peratus.

Demikian menurut para peniaga yang diwawancara Mediacorp, ada daripada mereka yang menyaksikan peningkatan sebanyak 300 peratus.

Ketua Penjualan dan Pemasaran Tan Chong Motor, Ron Lim berkata ejen Nissan itu menyaksikan kenaikan tiga kali ganda dalam keseluruhan penjualan, terutamanya untuk kategori A.

"Kami juga bernasib baik kerana (telah melancarkan) Nissan Qashqai 2018 terbaru kami (pada hujung minggu ini), justeru ia meraih hasil penjualan yang baik," katanya. "Setakat ini, terdapat ramai orang, terutamanya pada hari Sabtu".

Pengurus Operasi Jack Cars Enterprise, Michael Tan berkata penjualan kereta "naik sedikit" - sekurang-kurangnya 30 peratus - sejak Rabu, apabila harga COE untuk kereta sehingga 1,600cc dan 97khw jatuh kepada S$36,100, paras terendah sejak November 2010.

Pengarah Urusan CarTimes Automotif, Eddie Loo berkata beliau menyaksikan peningkatan sebanyak 40 peratus untuk kereta kecil menyusuli keputusan bidaan itu.

"Penjualan akan menjadi lebih baik sehingga bidaan COE seterusnya," katanya. "Saya berpendapat ramai orang akan terburu-buru (untuk membeli kereta)."

Pengarah Urusan RTMT Motor Ricky Tay bersetuju bahawa jumlah bakal pembeli semakin ramai". "Para pelanggan menyedari bahawa sudah waktunya bagi mereka ... membeli kereta, kerana harga untuk kereta Kat A rendah."

Harga COE terbaru bagi kereta kecil menunjukkan trend yang kian merosot bagi sebahagian besar tahun ini.

Harga COE dalam kategori ini mencecah paras tertinggi sebanyak S$92,100 pada 9 Jan 2013, selepas naik mendadak empat tahun dari harga S$2 yang ditutup pada 19 November 2008.

Para peniaga motor menyifatkan kejatuhan terbaru itu, dari S$42,900 sebelum ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakpastian tentang cara piawaian baru terhadap pengeluaran gas karbon.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan