Images
  • manufacturing
    Para pekerja di sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Pengilangan S'pura tumbuh 10.2% pada Mac, dirangsang sektor elektronik

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura meningkat 10.2 peratus pada bulan Mac berbanding setahun lalu.

Ini dipacu oleh pertumbuhan kukuh dalam sektor elektronik.

Tidak termasuk kelompok pengilangan bioperubatan yang tidak menentu, hasil pengilangan naik 12.4 peratus, menurut data yang didedahkan hari ini (26 Apr) oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB).

Hasil perindustrian mencatat penin gkatan pada bulan lalu selepas meraih pertumbuhan 12.6 peratus pada bulan Februari, yang turut dirangsang oleh kelompok elektronik.

Tidak termasuk bioperubatan, hasil pengilangan bulan Februari melonjak 17.1 peratus.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengilangan naik 5 peratus pada bulan Mac. Tidak mengambil kira sektor bioperubatan, hasil pengilangannya tumbuh 0.3 peratus.

Kelompok elektronik melonjak 37.7 peratus berbanding setahun lalu, yang sebahagian besarnya dirangsang segmen semikonduktor yang mencatat pertumbuhan 54.6 peratus.

Kelompok kejuruteraan jitu naik 12.8 peratus, dengan modul jitu dan segmen komponen melonjak 15.7 peratus.

Kelompok kimia naik 3.5 peratus, sementara sektor bioperubatan naik 2 peratus, menurut EDB.

Perusahaan pengilangan am menguncup 5.1 peratus, dengan pertumbuhan 4.5 peratus dalam segmen makanan, minuman dan tembakau diimbangi kemerosotan dalam segmen beraneka industri dan pencetakan.

Hasil pengilangan kelompok kejuruteraan pengangkutan juga jatuh 15.6 peratus walaupun mencatat kenaikan 9.3 peratus dalam segmen pengangkutan darat dan 3.2 peratus dalam segmen aeroangkasa.

Segmen kejuruteraan marin dan luar pesisir kekal lemah, merosot 30.6 peratus pada Mac, tambah EDB. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top