Images
  • ocbc
    Para pelanggan di cawangan bank OCBC. (Gambar fail: TODAY)

OCBC, StarHub gerakkan 'We Economy' demi khidmat lebih baik kepada pelanggan

SINGAPURA: Bank OCBC dan StarHub mengumumkan usaha sama bank-telco bernilai $6 juta bagi menggerakkan "We Economy'' untuk memberi khidmat lebih baik kepada pelanggan.

''We Economy'' merangsang perniagaan melepasi kelaziman perniagaan biasa, bagi menyediakan pelanggan dengan pengalaman dan khidmat yang lebih baik.

Sebagai permulaan, pelaburan akan disalurkan dalam kajian dan teknologi sepanjang 12 bulan akan datang, dengan tumpuan terhadap kecerdasan buatan dan Internet terkini bagi meningkatkan mutu gaya hidup dan keterhubungan sama ada di rumah, di pejabat dan dalam kegiatan harian.

Bagi mencapai matlamat itu OCBC dan StarHub akan membina rangkaian kerja usaha sama dengan pelbagai industri termasuk pengangkutan, runcit, insuran, kesihatan, kesejahteraan dan hartanah.

- BERITAMediacorp/NU/fa

Komen Anda?

Top