Images
  • ntuc income
    (Gambar: Income/ Facebook). 

NTUC Income lantik Fullerton Fund Management urus aset-aset syarikat

SINGAPURA: Syarikat insurans NTUC Income melantik Fullerton Fund Management untuk menguruskan aset-aset syarikat.

Aset-aset NTUC Income yang dianggarkan bernilai S$23 bilion itu akan diuruskan melalui satu kerjasama strategik.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan tersebut, syarikat induk Fullerton, FFMC, akan mengagihkan saham-saham baru kepada NTUC Income.

Ini akan menjadikan NTUC Income pemegang taruhan minoriti dalam FFMC.

Kerjasama tersebut akan menjadikan Fullerton salah sebuah syarikat pengurusan aset tempatan yang terbesar, dengan aset-aset di bawah pengurusannya bertambah kepada lebih S$40 bilion.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat itu menekankan ia bukanlah satu gabungan dan akan kekal sebagai entiti bebas berasingan.

- CNA/NU/aq

Komen Anda?

Top