Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nokia lancar semula model ikonik 3310

Jenama Finland Nokia melancarkan tiga telefon bijak Android yang baru dan satu versi yang dirombak bagi model ikonik 3310 pada Ahad (26 Feb), lebih sepuluh tahun selepas pengeluarannya dihentikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Nokia lancar semula model ikonik 3310

Telefon bimbit Nokia 3310 yang baru dilancarkan. (Gambar: Luke MacGregor/Bloomberg)

Diterbitkan : 27 Feb 2017 01:12PM Dikemas Kini : 27 Feb 2017 01:16PM

BARCELONA: Jenama Finland Nokia melancarkan tiga telefon bijak Android yang baru dan satu versi yang dirombak bagi model ikonik 3310 pada Ahad (26 Feb), lebih sepuluh tahun selepas pengeluarannya dihentikan.

Tidak seperti model asal yang terkenal dengan ketegapannya, Nokia 3310 yang baru akan membolehkan pengguna melungsuri laman web.

Versi baru tersebut turut mengembalikan permainan 'Snake' yang popular dan nada deringnya yang tersendiri, kata Arto Nummela, ketua syarikat Finland, HMD Global yang akan menghasilkan telefon itu di bawah perjanjian pelesenan dengan Nokia.

"Telefon itu akan membolehkan anda berbual selama 22 jam, 10 kali lebih lama berbanding tempoh model asal," katanya.

(Gambar: AFP / Josep Lago)

(Gambar: AFP / Josep Lago)

Dilancarkan pada 2000, model asal Nokia 3310 berjaya meraih penjualan sebanyak 120 juta unit di merata dunia sebelum pengeluarannya dihentikan pada 2005, sekaligus menjadikannya salah satu telefon bimbit yang paling laris di dunia.

Selain 3310 yang baru, HMD turut melancarkan tiga telefon bijak yang baru, iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan Nokia 6 yang akan dijual pada harga yang berbeza.

Nokia 6 sudahpun mula dijual di China dan akan mula dijual di seluruh dunia tidak lama lagi.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan