Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NODX S'pura naik 8.5% pada Julai, dipacu eksport ke pasaran-pasaran utama

Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura naik 8.5% pada bulan Julai berbanding setahun lalu, mengekalkan pertumbuhan tiga bulan berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2017 05:53PM Dikemas Kini : 17 Aug 2017 10:17PM

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura naik 8.5% pada bulan Julai berbanding setahun lalu, mengekalkan pertumbuhan tiga bulan berturut-turut.

Kadar itu bagaimanapun lebih perlahan daripada pertumbuhan 8.8% yang dicatat pada bulan Jun.

Pertumbuhan pada bulan Julai dipacu eksport ke pasaran-pasaran utama - China, Korea Selatan dan Thailand.

Eksport bagi elektronik dan bukan elektronik meningkat.

Eksport elektronik naik buat sembilan bulan berturut-turut dengan pertumbuhan bulan Julai menjulang 16.3%.

Sementara eksport bukan elektronik pula naik 5.2% - dipacu mesin khas yang melonjak lebih 80%.

Sumber : CNA/FZ/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan