Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

NETS beli 2 anak syarikat OCBC pada harga S$38 juta

Selepas pembelian itu, BCS dan BCSIS akan sepenuhnya menjadi anak syarikat dan dimiliki NETS sepenuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
NETS beli 2 anak syarikat OCBC pada harga S$38 juta

Antara pegawai utama NETS dan bank OCBC.

Diterbitkan : 11 Apr 2017 07:24PM Dikemas Kini : 11 Apr 2017 07:25PM

SINGAPURA: Penyedia pembayaran NETS hari ini (11 Apr) memeterai perjanjian untuk membeli dua anak syarikat OCBC - BCS dan BCS Information Systems - dengan harga S$38 juta.

Selepas pembelian itu, BCS dan BCSIS akan sepenuhnya menjadi anak syarikat dan dimiliki NETS sepenuhnya dan akan terus beroperasi sebagai entiti sendiri, menurut kenyataan media NETS.

Urus niaga itu dijangka selesai pada suku kedua tahun ini, tambah NETS.

"Gabungan BCS oleh NETS tepat pada masanya dan seiring dengan hala tuju pembayaran elektronik Singapura," kata Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura Ravi Menon.

"Kewujudan satu pengendali bagi FAST, Interbank GIRO, dan NETS EFTPOS akan memperkukuhkan sinergi di semua sistem pembayaran utama runcit, menggalak lebih banyak inovasi dan huraian bayaran saling boleh digunakan, dan mencetuskan pelaksanaan pembayaran elektronik oleh pelanggan, perniagaan, dan Pemerintah."

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan