Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Musang King elak S'pura menuju pasaran China

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar durian Musang King segar tempatan untuk menembusi pasaran China dalam tempoh terdekat, sekaligus bakal menjadikan negara itu sebagai pengimport terbesar buah tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Musang King elak S'pura menuju pasaran China

Durian Musang King.

Diterbitkan : 29 Oct 2017 06:36PM Dikemas Kini : 30 Oct 2017 12:37AM

RAUB: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar durian Musang King segar tempatan untuk menembusi pasaran China dalam tempoh terdekat, sekaligus bakal menjadikan negara itu sebagai pengimport terbesar buah tersebut.

Menteri Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebelum ini durian dari Malaysia memasuki pasaran negara itu menerusi negara ketiga, termasuk Singapura dan Hong Kong, dengan harga yang mencecah ratusan ringgit untuk setiap kilogram.

“Kementerian bakal mengadakan satu program promosi durian di China pada 3 dan 5 November depan. Kita berharap acara itu akan menjadi platform untuk menembusi dan memperluaskan pasaran di negara tersebut selain produk hiliran berasaskan buah itu.

“Sekiranya ia berlaku dan membuahkan kejayaan yang besar, ini akan membuka ruang kepada 800,000 pengusaha dan penanam durian di negara ini untuk melonjakkan pendapatan mereka sekaligus menjadikan durian sebagai sumber kekayaan baru negara,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penanaman Musang King ke-500,000 di Kluster Durian Raub, di Kampung Pamah Rawa, Ulu Dong hari ini (29 Okt).

Sehubungan itu, Encik Ahmad Shabery juga meminta Jabatan Pertanian mempertingkatkan keupayaan teknologi dalam pengeluaran Musang King bagi memastikan buah yang dihasilkan bermutu tinggi dan menepati kehendak pasaran antarabangsa.

Ia termasuk memperkenalkan penanda persijilan untuk setiap durian yang dieksport bagi memastikan pembeli mendapat maklumat yang tepat tentang gred dan tempat ia dikeluarkan.

“Kita juga akan membangunkan satu aplikasi khas bagi menanda Musang King serta durian jenis lain yang dijangka siap Disember ini untuk kemudahan bagi mengeksport raja buah itu ke China dan negara lain pada masa akan datang.

“Durian kini dianggap sumber kekayaan baru maka kita perlu pastikan kualiti penanaman, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran berada pada tahap tertinggi dan ia memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

Encik Ahmad Shabery berkata, hingga 2016 keluasan penanaman durian di seluruh negara ialah 66,000 hektar dengan pengeluaran sebanyak 302,000 metrik tan dan hingga kini terdapat sebanyak 204 jenis durian didaftarkan bawah Jabatan Pertanian.

Di Raub sahaja, terdapat 370 pengeluar dan penanam durian yang melibatkan keluasan tanaman 11,152.69 hektar di tujuh mukim di Batu Talam, Dong, Gali, Hulu Dong, Sega dan Semantan Hulu dan Tras.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan