Images
  • singapore skyline
    Gambar fail latar langit Singapura. (Gambar: Rachel Phua)

MTI: Ekonomi S'pura lebihi unjuran awal

SINGAPURA: Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan mengumumkan anggaran GDP bagi suku kedua tahun ini pada Jumaat depan.

Menurut perangkaan MTI, ekonomi Singapura mengatasi unjuran awal.

Ia berkembang 2.7% dari tahun ke tahun pada suku pertama.

Pakar ekonomi sektor swasta meramalkan ekonomi berkembang lagi 2.7% pada suku kedua.

Ia juga menjangkakan ekonomi akan berkembang 2.5% tahun ini, lebih tinggi dari ramalan awal iaitu sebanyak 2.3%.  

- BERITAMediacorp/ru

Komen Anda?

Top