Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Moody ramal ekonomi S'pura berkembang 2.5% bagi keseluruhan tahun

Agensi penarafan kredit Moody's meramalkan ekonomi Singapura akan berkembang 2.5% bagi keseluruhan tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Moody ramal ekonomi S'pura berkembang 2.5% bagi keseluruhan tahun

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 17 Aug 2017 07:52PM Dikemas Kini : 17 Aug 2017 07:55PM

SINGAPURA: Agensi penarafan kredit Moody's meramalkan ekonomi Singapura akan berkembang 2.5% bagi keseluruhan tahun.

Ini disebabkan permintaan luar yang dijangka akan terus menyokong pertumbuhan.

Perangkaan ini dikeluarkan di tengah-tengah ramalan pemerintah antara 2% hingga 3%, dan pertumbuhan ekonomi sebanyak 2.7% yang dicatat pada separuh pertama tahun ini.

Agensi itu mengekalkan kredit Singapura pada taraf "AAA stabil".

Menurut Moody's, sedang Singapura kini meraih manfaat dari permintaan kitaran luar negara, permintaan domestik kekal rendah.

Ia juga maklum Singapura sedang menghadapi cabaran struktur seperti penduduk semakin tua, serta perbelanjaan lebih besar dalam jangka panjang.  

Sumber : CNA/NU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan