Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Michael Kors tawarkan S$1.6 bilion ambil alih jenama kasut mewah Jimmy Choo

Michael Kors bersetuju untuk mengambil alih peruncit mewah Jimmy Choo pada 896 juta paun (S$1.6 bilion), dedahnya pada Selasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Michael Kors tawarkan S$1.6 bilion ambil alih jenama kasut mewah Jimmy Choo

Produk-produk yang dipamerkan di cawangan Jimmy Choo di New York City, Amerika Syarikat. (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)

Diterbitkan : 25 Jul 2017 04:18PM Dikemas Kini : 25 Jul 2017 04:22PM

LONDON: Michael Kors bersetuju untuk mengambil alih peruncit mewah Jimmy Choo pada 896 juta paun (S$1.6 bilion), dedahnya pada Selasa.

Jimmy Choo, yang terkenal dengan kasut tumit tinggi dan aksesori, memutuskan untuk menjual jenamanya pada bulan April.

Ini selepas sebahagian besar pelabur JAB meningkatkan tumpuannya terhadap barangan pengguna.

Di bawah perjanjian tersebut, Michael Kors akan membayar 230 pence secara tunai bagi setiap saham Jimmy Choo - iaitu premium sebanyak 36.5 peratus berbanding harga sahamnya sebelum proses penjualan itu diumumkan.

Michael Kors, yang juga pernah dikenali sebagai jenama paling tersohor bagi barangan mewah, terkial-kial untuk meraih keuntungan sejak kebelakangan ini dengan penjualan yang kian berkurangan, dengan jumlah pembeli yang kian merosot di kedai-kedainya.

Bagaimanapun, bisnesnya sudahpun diperluaskan kepada dres dan pakaian lelaki, selain membuat pelaburan dalam perniagaan online.

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan