Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS tidak ubah dasar kewangan negara, selaras dengan ramalan

Dalam kenyataannya, MAS menyatakan ia akan mengekalkan kadar pertukaran berkesan nominal dolar Singapura (S$NEER) pada paras sifar.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS tidak ubah dasar kewangan negara, selaras dengan ramalan

Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 13 Apr 2017 09:34AM Dikemas Kini : 13 Apr 2017 09:35AM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengekalkan dasar kewangan berdasarkan kadar pertukaran wang bagi semakan enam bulan yang didedahkannya hari ini (13 Apr), selaras dengan ramalan-ramalan sebelum ini.

Dalam kenyataannya, MAS menyatakan ia akan mengekalkan kadar pertukaran berkesan nominal dolar Singapura (S$NEER) pada paras sifar.


"Prinsip dasar yang neutral sesuai bagi tempoh lanjutan ini dan harus memastikan kestabilan harga dalam tempoh sederhana," menurut MAS, sambil mempertahankan dasarnya seperti yang diumumkan dalam semakan pada Oktober lalu.

Menyusuli pengumuman itu, dolar Singapura berada di paras antara 1.3963 dan 1.3976 berbanding dolar Amerika.

Bank pusat itu menarik perhatian bahawa ekonomi Singapura akan terus tumbuh pada "rentak yang sederhana" tahun ini sementara inflasi teras MAS, yang tidak termasuk penginapan dan kos pengangkutan darat akan naik secara bertahap-tahap menyusuli harga minyak global yang lebih tinggi.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan